web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sahut Cabaran Sertai Mega Spontan 2023, Namun Ramona Zamzam Bimbang Dirinya Dilabel Sebagai Pelawak 

Ramona adalah antara peserta Mega Spontan 2023 turut dibarisi selebriti popular tanah air termasuk Mark Adam, Adlin Aman Ramli, Naim Daniel serta Datuk Jalaluddin Hassan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 8:02PM

Ramona Zamzam - Gambar Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengacara jelita, Ramona Zamzam mengakui pada awalnya dia teragak-agak untuk menerima tawaran menjayakan program 'Mega Spontan 2023'. 

“Secara jujurnya, saya berasa agak tak pasti ketika ditawar menjadi peserta dalam program Mega Spontan ini, sebab program ini lebih menjurus ke arah pelawak.

“Saya mula rasa bimbang, kalau-kalau selepas menyertai program ini nanti saya akan mula digelar sebagai pelawak. Saya tidak rasa ia adalah misi utama saya untuk masuk dalam industri hiburan ini.

“Saya memang datang daripada bidang lakonan. Jadi, kalau boleh saya nak beri fokus lebih kepada berlakon.

“Saya juga rindu untuk melakonkan watak-watak berat yang bermain dengan emosi seperti yang pernah dibawa sebelum ini serta risau bila dah lama tak berlakon watak serius kita lupa macam mana nak feel watak-watak berat,” katanya kepada Getaran. 

Ramona cukup dikenali sebagai pelakon dan pengacara berbakat. - Gambar Astro
Ramona cukup dikenali sebagai pelakon dan pengacara berbakat. - Gambar Astro

Ramona berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media 'Mega Spontan 2023' yang diadakan di Hotel Vivatel, di ibu kota baru-baru ini.

Bagaimanapun, selepas mempertimbangkan tawaran itu, Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 33, berkata dia akhirnya bersetuiu menyahut cabaran tersebut selepas mengadakan beberapa perbincangan bersama pihak produksi.

Kata Ramona, dia sentiasa ingin kelainan dalam kerjaya seni supaya dirinya dapat kekal relevan dalam industri ini. Bahkan, dia menganggap ia adalah rezeki untuk meneruskan kerjaya dalam dunia hiburan.

“Selepas berbincang dengan pihak produksi, rasa macam menarik juga tawaran ni sebab saya memang suka buat benda baharu.

“Bila dah berbincang untuk beberapa kali, saya terus bersetuju sebab kalau tak cuba takkan tahu dan kita takkan terima cabaran itu.

“Saya pun sebenarnya sangat bersyukur juga dengan tawaran ini, asalkan dapat meneruskan kerjaya seni saya. Syukur  Alhamdulillah sangat. Saya tak nak komplen,” katanya.

Ramona ingin mencari kelainan dalam kerjaya seni supaya dirinya dapat kekal relevan dalam industri ini. - Gambar Astro
Ramona ingin mencari kelainan dalam kerjaya seni supaya dirinya dapat kekal relevan dalam industri ini. - Gambar Astro

Selain Ramona, 'Mega Spontan 2023' turut disertai oleh barisan selebriti popular tanah air termasuk Mark Adam, Adlin Aman Ramli, Naim Daniel dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Mega Spontan akan berlangsung selama lapan minggu dan bersiaran secara langsung mulai 19 Mei ini, setiap Jumaat pada jam 9 malam di Astro Warna (saluran 107). – Getaran, 15 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN