web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Otai Masih Berbisa! Robert De Niro Timang Anak Ke-7 Di Usia 79 Tahun

Di usia 79 tahun, aktor terkenal Hollywood mengejutkan ramai apabila mendedahkan dia baru sahaja menyambut kelahiran anak ketujuhnya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 6:01PM

Robert De Niro - Gambar dari Instagram @robert_deniro_daily

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor terkenal Hollywood, Robert De Niro membuat pendedahan mengejutkan ramai apabila memberitahu dia baru sahaja menyambut kelahiran anak ketujuhnya pada usia 79 tahun.

Robert membuat pendedahan itu sewaktu diwawancara oleh ET Canada. Penemuramah itu bertanya tentang enam orang anaknya, namun Robert lantas membetulkan bahawa dia kini punya tujuh orang anak.

“Tujuh sebenarnya. Saya baru sahaja menyambut kelahiran bayi terbaru,” kata aktor yang terkenal dengan filem Godfather ini di dalam wawancara itu. 

Namun dia tidak mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai anak terbarunya itu dan siapa pasangan terbarunya. 

Anak sulung Robert iaitu Drena kini berusia 51 tahun, manakala anak keduanya, Raphael berusia 46 tahun. 

Selepas bercerai, Robert memiliki sepasang anak kembar bersama bekas teman wanitanya iaitu Julian dan Aaron yang kini berusia 27 tahun. Kemudian Robert memiliki dua lagi anak bersama Grace Hightower iaitu Elliott, 24, dan Helen, 11.

Berita mengenai Robert yang baru mendapat cahaya mata baru ini telah membuatkan ramai netizen kagum. Di usia yang sepatutnya dia bermain dengan cicit, dia berjaya mendapatkan zuriat terbaru. Tahniah! – Getaran, 11 Mei 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 13 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN