web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Memang Kau Akan Mampus, Meringkuk Dalam Penjara' - Kak KM Heret Individu Yang Meniru Dan Menjual Produk Jamunya Secara Palsu 

Semalam, Kak KM telah membuat  laporan polis agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang meniru dan menjual jual produk jamu kecantikannya miliknya, Sweet Dara secara palsu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 2:02PM

Kak KM, yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri juga memaklumkan dia telah mengenal pasti individu yang memalsukan dan menjual produk kecantikan ‘Sweet Dara’. - Tangkap layar dari video di Instagram @lianarosli_official

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang telah meniru dan menjual produk jamu kecantikan Sweet Dara miliknya secara palsu, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM telah membuat laporan polis, semalam. 

Perkara itu telah dimaklumkan Kak KM menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik semalam sewaktu dia memberitahu akan ‘mendakwa’ dan mengheret individu berkenaan ke muka pengadilan. 

Kak KM, yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri juga memaklumkan dia telah mengenal pasti individu yang memalsukan dan menjual produk kecantikan ‘Sweet Dara’ itu. 

Untuk itu, kata Kak KM, dia akan memastikan individu yang tidak dikenali itu mendapat hukuman setimpal.

Kak KM memaklumkan dia telah mengenalpasti individu yang memalsukan produk 'Sweet Dara'. - Tangkap layar dari Instagram
Kak KM memaklumkan dia telah mengenalpasti individu yang memalsukan produk 'Sweet Dara'. - Tangkap layar dari Instagram

“Aku akan dakwa engkau sekarang ya. Aku dah dekat balai. Kita akan ambil tindakan untuk engkau yang bodoh yang tiru aku punya stiker, yang buat jamu Sweet dara ‘fake’. Memang kau kena ready. 

“Memang kau akan mampus sekejap lagi. Sebab nak jadi cerita, engkau tempah stiker dekat orang aku ‘bodoh’.

“So, aku dapat segala maklumat engkau semua. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing. Supaya engkau mampus meringkuk dalam penjara. 

“Ini kiranya kau buat jenayah. Faham! Kau buat jenayah. Guna otak ‘bodoh’. Nak menipu nih kena pandai. Kena guna ilmu di dada,” katanya dengan nada geram. 

Menerusi perkongsian di Instagram tersebut, Kak KM berada di sebuah balai polis Wangsa Maju di ibu kota. – Getaran, 10 Mei 2023.



 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...