web statsweb stats

Berita Terkini

47 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 48 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cedera Sampai Rahang Terkehel, Farali Khan Anggap Kecederaan Sebagai Lumrah Berlakon Filem Aksi

Pemilik nama lengkap Norfara Ali Dad Khan, 34, itu menjelaskan bahawa rahangnya terkehel disebabkan perubahan minit akhir sebuah babak lagak ngeri bersama seorang lagi pelakon filem 'Tujuh Dua Belas'.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 2:07PM

Farali Khan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, Farali Khan mendedahkan dia mengalami kecederaan sehingga tulang rahangnya terkehel ketika menjayakan babak aksi sendiri dalam filem Tujuh Dua Belas.

Bagaimanapun kecederaan yang dialami oleh Farali tidak begitu serius yang memerlukan rawatan lanjut.

“Saya mengalami kecederaan rahang terkehel yang agak teruk ketika melakonkan adegan pergaduhan di mana saya perlu lawan dengan seorang pelakon lain dalam filem Tujuh Dua Belas.

“Namun, semasa melakukan pemeriksaan terperinci, kecederaan yang berlaku tidak begitu serius dan menghiraukan,” katanya kepada Getaran.

Farali berkata demikian ketika ditemui pada malam gala yang berlangsung di Starling Mall filem Tujuh Dua Belas baru-baru ini. 

Farali mendedahkan dia mengalami kecederaan rahang terkehel ketika melakonkan adegan pergaduhan dalam filem Tujuh Dua Belas.
Farali mendedahkan dia mengalami kecederaan rahang terkehel ketika melakonkan adegan pergaduhan dalam filem Tujuh Dua Belas.

Pemilik nama lengkap Norfara Ali Dad Khan, 34, itu menjelaskan bahawa rahangnya terkehel disebabkan perubahan minit akhir sebuah babak lagak ngeri bersama seorang pelakon lain dalam filem tersebut.

Tambahnya, dia memilih untuk tidak mendedahkan indentiti pelakon terbabit demi mengelakkan rasa ‘kurang sedap’ antara mereka.

 “Kalau boleh saya tak nak berkongsi kerana tak mahu pelakon yang tak sengaja mencederakan saya itu berasa bersalah kerana ia agak teruk. Kesannya masih terasa sampai sekarang.

“Lagipun benda ini memang normal, cedera ketika berlakon filem aksi dan saya pun tak salahkan pelakon itu. Kesannya rahang saya terkehel sehinggakan kalau saya buka mulut luas, akan ada bunyi,” ujarnya.

Barisan pelakon filem Tujuh Dua Belas.
Barisan pelakon filem Tujuh Dua Belas.

Mengulas lanjut, Farali berkata kecederaan berlaku apabila susulan pengubahan koreografi babak berlawan pada saat akhir.

Katanya, keserasian antara dia dan pelakon berkenaan agak kurang, kerana dia tidak pernah berlakon bersama individu itu.

“Saya pula tidak pernah berlawan dengan individu terbabit. Jadi, kurang keserasian antara kami. Tambahan pula koreografi ditukar pada saat-saat akhir. 

“Inilah realiti melakonkan babak aksi lagak ngeri yang mana ada pertukaran secara tiba-tiba sebelum menjayakan sesebuah babak,” jelasnya.

Filem Tujuh Dua Belas arahan Thrope Ali yang mengangkat tema tentang pemerdagangan kanak-kanak mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 4 Mei 2023.

Selain Farali, turut membintangi filem arahan Thorpe Ali itu adalah Adam Darwisyh, Johan As’ari, Idzham Ismail serta pelakon aksi Indonesia, Chintya Candranaya. – Getaran, 8 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anggota Polis Cedera Dilanggar 2 Warga Asing

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Warga Emas Panik, Punca 5 Cedera

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Aktif Dan Nakal, Murid Dilibas Dengan Batang Paip

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...