Berita Terkini

1 jam yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 1 jam yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 1 jam yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 1 jam yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 4 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


Kemenangan Akhirnya Di Pihak Bella - Betty Banafe Harap Siti Bainun Berubah Dan Menyesal  Atas Kezalimannya  

Penyanyi dan pelakon ini ini juga mengakui lega apabila Bella telah mendapat keadilan dan pembelaan yang sewajarnya. 

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 10:17AM

Betty Banafe - Gambar dari Instagram

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi Betty Banafe yang kini semakin aktif bergiat sebagai aktivis masyarakat meluahkan rasa lega apabila pihak yang menganiaya remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella, 13, telah pun berjaya dibuktikan sebagai bersalah. 

“Kemenangan akhirnya di pihak adik Bella, anak OKU Sindrom Down berusia 13 tahun. Tangisan, jeritan, kegembiraan suasana dikongsi setelah tamat jatuh hukuman diberikan oleh hakim. 

“Pada ketika jam 12 tengahari lebih, ramai di luar dalam kalangan para saksi para pembela dan penyokong #justiceforBella yang tak boleh masuk di dalam mahkamah. 

“Masing-masing menunggu peluang bertukar tag masuk. Kawalan keselamatan sangat ketat macam kes VVIP. Al -Maklumlah, ini kes pertama di Malaysia melibatkan kanak-kanak OKU yang didera pada tahap 4.

“Syabas kepada pasukan kita, para saksi, pihak Pejabat Peguam Negara (DPP), peguyam pemerhati dan terutama sekali wisel blower kita mummay Zuriaty dan juga aktivitis, kak Mona Din. 

“Rasa lega sangat apabila keadilan terasa terbukti buat mereka yang teraniaya terutamanya pada Bella dan bekas penghuni rumah bonda. Adik-adik bekas rumah Bonda, doa kalian termakbul,” tulisnya. 

Betty Banafe
Betty Banafe

Betty Banafe menulis kenyataan tersebut dalam satu hantaran yang dimuatnaik di Instagram miliknya sejurus selepas pengasas Rumah Bonda iaiti Siti Bainun telah didapati bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella. 

Dia juga turut terlibat sepenuhnya di dalam gerakan Justice For Bella (Gerakan Menuntut Keadilan Untuk Bella) untuk membantu apa yang cuba diperjuangkan Mona Din untuk Bella.  

Betty meluahkan rasa syukur kerana Bella mendapat keadilan menerusi Intagramnya.
Betty meluahkan rasa syukur kerana Bella mendapat keadilan menerusi Intagramnya.

Betty juga turut berharap perkara ini akan menjadi iktibar buat Siti Bainun.

“Takziah buat Bainun dan keluarga Bainun, moga kami doakan ia menjadi iktibar buat Orang Kena Tuduh (OKT) Bainun berubah yang lebih baik dan menyesali segala kezaliman yang dilakukan. 

“Moga Allah memberi hidayah dan melembutkan hati hati manusia yang kamu sakiti untuk memaafkan kamu. 

“Tiada yang sempurna selain Allah Maka baliklah kepada sang Pencipta kita ketika kita alpa dan sesat. Moga kita semua dapat bertemu di Jannatun Naim,” katanya lagi.

Siti Bainun Ahd Razali - Gambar oleh Azim Rahman
Siti Bainun Ahd Razali - Gambar oleh Azim Rahman

Semalam Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Bagi pertuduhan pengabaian, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan kedua iaitu menganiaya, tertuduh dikenakan hukuman penjara 12 tahun.

Hakim Izralizam Sanusi bagaimanapun memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan secara serentak dari tarikh sabitan. 

Beliau turut mengarahkan perintah bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin warganegara tempatan beserta cagaran RM5,000 kepada hukuman yang telah dijatuhkan.

"Sebagai tambahan OKT juga diarah menjalankan perintah khidmat masyarakat selama 200 jam agregat yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukum pemenjaraan," katanya. – Getaran, 4 Mei 2023 

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Desas-Desus Bakal Sertai PAS, Eizlan Yusof Zip Mulut Dan Tidak Mahu Komen Apa-Apa 

Desas-desus itu timbul susulan gambar beliau bersama beberapa figura politik dari PN dan MN serta PAS yang tersebar di media sosial. 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Minta Nasihat Darling Ngasri Untuk Terbit Filem Sulung, Jemputan Ke Neraka Filem Psiko Thriller Terbitan Anne Ngasri 

Filem bergenre psiko thriller seram yang diterbitkan di bawah produksi milik Anne iaitu AN Universal Sdn. Bhd dan dia telah melantik Darling sebagai penerbit p...

oleh Zara Sofea

Selebriti 1 hari yang lalu

Iman Troye Nak Bagi RM300 Buat Pelajar SPM 2022 Yang Berjaya Mencapai Peningkatan Dalam Apa Saja Mata Pelajaran

oleh Helmi Anuar