web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Singapura Tangguh Kes Lelaki Serang Kamal Adli Kepada 30 Mei

Tertuduh sebelum itu direman tiga minggu di IMH untuk pemerhatian psikiatri.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 4:02PM

Kamal telah diserang tertuduh ketika berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac lalu. - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan empat minggu lagi untuk pegawai penyiasat melengkapkan siasatan ke atas seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli.

Hakim Daerah Ong Hian Sun turut mengekalkan perintah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pada 4 April, mahkamah bersetuju terhadap permohonan pendakwa raya supaya tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan penangguhan kes selama empat minggu sehingga hari ini (2 Mei).

Tertuduh sebelum itu direman tiga minggu di IMH untuk pemerhatian psikiatri.

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana “disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya.”

Jika sabit kesalahan terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana kombinasi hukuman itu. 

Pada 12 Mac kira-kira 9.19 malam, Pasukan Polis Singapura dimaklumkan mengenai suspek didakwa menyerang pelakon berusia 36 tahun itu dengan baton di 1 Expo Drive di sini. Baton itu telah dirampas oleh polis sebagai barang bukti kes.

Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.

Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac, di Dewan 5A Ekspo Singapura ketika kejadian itu berlaku di penghujung acara. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN