Berita Terkini

2 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 2 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 2 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 2 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 2 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Tidak Sempat Buat Konsert 6 Mei Ini, Vokalis XPDC, Mael Meninggal Dunia, Sering Diserang Sakit Semput

Mael dan XPDC juga sepatutnya dijadualkan beraksi di Konsert SoundValley Festival 2023 di Maeps, Serdang pada 6 Mei ini.

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 8:17AM

Allahyarham Mael XPDC- Gambar dari Facebook

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vokalis kumpulan XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mael XPDC menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Muar, Johor kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Berita duka itu telah disahkan anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha menerusi sebuah perkongsian yang dihantar kepada rakan-rakan industri Allahyarham. 

"Adalah dengan sedihnya dimaklumkan bapa saya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, menghembuskan nafas terakhir di pada hari Khamis. 27 April lebih kurang jam 9.30 malam di Hospital Muar," katanya menerusi satu kiriman teks di aplikasi WhatsApp.

Pengurus arwah Mael yang juga merangkap pengurus XPDC, Bro Yazid turut berkongsi perhabaran duka ini melalui akaun Facebook peribadinya. 

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah. Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar jam 9 malam tadi," tulisnya.

Mael dan XPDC sepatutnya dijadualkan beraksi di Konsert SoundValley Festival 2023 di Maeps, Serdang pada 6 Mei ini.
Mael dan XPDC sepatutnya dijadualkan beraksi di Konsert SoundValley Festival 2023 di Maeps, Serdang pada 6 Mei ini.

Menurut seorang penggiat seni yang pernah aktif di dalam bidang industri rakaman, arwah sering mengadu diserang penyakit semput dengan Yazid. 

“Saya sempat bercakap sekejap dengan Yazid dan dia telah memaklumkan perkara itu kepada saya,” katanya. 

Mael dan XPDC juga sepatutnya dijadualkan beraksi di Konsert SoundValley Festival 2023 di Maeps, Serdang pada 6 Mei nanti. Konsert itu turut menampilkan ramai artis lain termasuk KGB Band, L.O.S.T Band, Ashtin, XPose band serta Aina Abdul. 

Namun, dengan pemergian Mael secara mengejut, kini tidak pasti siapa yang bakal menggantikan tempat Mael. Siapa tahu, anaknya lelakinya yang mempunyai vokal seiras dengannya akan mengambil alih tempat bapanya itu. 

Sepanjang memulakan kerjaya sebagai artis rakaman bermula pada 1990, XPDC yang dikenali sebagai Raja Fun Fair telah melalui pelbagai jatuh bangun dan konflik dalaman. 

Mael bersama XPDC telah berjaya merakamkan empat album fizikal iaitu Darjah Satu, 1990), Timur Barat (1992) Kita Peng-Yu (1994) dan Brutal (1997)  Album Kita Peng-Yu dan Brutal telah mencatatkan fenomena apabila terjual melebih 350,000 unit. 

Album Brutal juga turut menyaksikan pengunduran Mael bersama XPDC yang mana tempatnya sebagai vokalis digantikan oleh Ali Terra Rossa. Tanpa Mael, kemelut XPDC tidak berakhir dan berlaku lagi perpecahan yang akhirnya menyaksikan kumpulan ini terbahagi dua iaitu XPDC dan Real XPDC. – Getaran, 28 April 2023 

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

'Ada Banyak Lagi Isu Di Malaysia Yang Kita Boleh Ketengahkan' - Aina Abdul Respon Tentang Kecaman Netizen Terhadap Fesyennya

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

RIM Lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, Bantu Penggiat Seni Muzik Tempatan

Sumbangan Rahmah Industri Muzik merupakan pengembangan Dana Kecemasan yang ditubuh sebelum ini dalam menyediakan bantuan kewangan segera kepada penggiat industr...

Selebriti 1 hari yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

Menurut Puteri Sarah, naskhah yang bakal menceritakan perjalan hidupnya itu bukan hanya banyak menitiskan air mata sendiri, tetapi turut gagal menahan air mata ...

oleh Rubini Nagarajah

Muzik 1 hari yang lalu

Bintang Pop India, Sid Sriram Bakal Adakan Konsert Di KL Pada Oktober