web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Paling Saya Menyesal Dalam Hidup, Berkahwin Dengan Awak - Puteri Sarah Tak Peduli Pasal Harta Asal Syamsul Yusof Ceraikannya 

“Saya penat, saya sangat penat. Sudah beberapa tahun saya tidak dilayan sebagai seorang isteri dan tidak mendapat kasih sayang,” Puteri Sarah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 5:16PM

Puteri Sarah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bengang dengan sikap Syamsul Yusof yang sering memutarbelit kenyataan, Puteri Sarah Liyana akhirnya tidak dapat menahan sabar lagi sehingga telah memuat naik dua hantaran melalui Instagram miliknya. 

Melalui kedua-dua hantaran itu, Puteri Sarah memberitahu bahawa dia sudah penat bergaduh dan berlawan dengan lelaki narsisis seperti Syamsul.

Bahkan dengan nada sebak, Puteri Sarah juga meminta agar semua orang mendoakan dirinya supaya dia dapat dilepaskan dengan cara baik.

“Kepada Mohd Shamsul, kalau awak nak ambil semua harta-harta awak, ambillah. Saya tak nak. Saya ada kaki dan tangan. Saya boleh bekerja. Tapi, hak anak-anak jangan diabaikan.

“Saya penat, saya sangat penat. Sudah beberapa tahun saya tidak dilayan sebagai seorang isteri dan tidak mendapat kasih sayang. 

“Saya juga punya keinginan untuk bahagia dan saya juga punya keinginan nak bahagia serta mendapat kasih sayang.

“Jadi lepaskan saya dan biarlah saya move on untuk cari kehidupan saya yang selama ini awak kata saya berhak cari kebahagiaan sendiri,” katanya. 

Jelas Puteri Sarah lagi, dia juga sudah penat untuk bertelingkah dengan Syamsul. 

“Saya dah penat nak argue dengan awak. Awak nak memang, menanglah Mohd Shamsul. Menanglah. Nanti jawab di akhirat,” katanya. 

Menerusi satu lagi hantaran lebih awal, Puteri Sarah memaklumkan dia telah memadam semua hantaran sebelum ini.

“Saya memadam hantaran tersebut bukan sebab takut tetapi sebab saya sangat penat. Serius saya sangat penat dengan semua drama ini. 

“Saya hanya mahu keluar daripada perkahwinan toksik ini. Saya mahu move on dan bahagia dengan kehidupan saya bersama anak-anak. 

“Satu perkara yang pasti , paling saya menyesal dalam hidup adalah berkahwin dengan awak tapi saya sangat bersyukur dapat ibu dan bapa mertua yang paling terbaik dalam hidup saya. Mama dan papa akan terus kekal menjadi mama dan papa saya hingga ke syurga,” katanya. 

Melalui hantaran yang telah dipadam Puteri Sarah sebelum ini, dia telah meminta Syamsul untuk bertindak sebagai seorang lelaki serta melepaskan dan menceraikannya. 

“Jadilah seorang lelaki dan lepaskan saya tanpa banyak songeh, Syamsul Yusof!,” katanya. - Getaran, 21 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Belum Beritahu Anak-Anak Dia Dan Syamsul Yusof Sudah Berpisah, Tidak Mahu Rosakkan Momen Bahagia Mereka

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Puteri Sarah Beraya Bersama Mentua, Farid Kamil Bawa Anak Sulung Ke Kedah, Shuib Sedondon Bersama Watie

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...