web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukar Nyanyi Dalam Bahasa Melayu Antara Cabaran Diana Danielle Jayakan Senandung Raya 

Diana juga akui bahawa lagu Senandung Raya yang merupakan lagu raya pertamanya itu mengingatkan dia kepada Datuk Sheila Majid. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 3:00PM

Diana Danielle - Gambar Universal Music

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun, mahligai cinta yang dibina bersama suaminya, Farid Kamil sedang bergoyah ketika ini, namun pelakon dan penyanyi Diana Danielle terus mempelbagaikan rentak seni dengan mengeluarkan single raya pertama berjudul ‘Senandung Raya’.

Menurut Diana, lagu raya yang ditulis dan digubah oleh Amylea itu telah membawakan aura yang berbeza berbanding lagu raya yang lain dengan mengetengahkan genre jazz.

Bahkan, lagu terbitan Universal Music Malaysia itu memberikan cabaran tersendiri buat dirinya yang perlu menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu.

Diana pernah merakamkan lagu duet bersama penyanyi terkenal British, Calum Scott berjudul Heaven.
Diana pernah merakamkan lagu duet bersama penyanyi terkenal British, Calum Scott berjudul Heaven.

“Saya beritahu Amylea bahawa saya tak berapa bagus menyanyikan lagu Melayu berbanding lagu Inggeris, tapi dia sangat membantu dan memberikan sokongan ketika proses rakaman.

“Ternyata ia bukan semudah disangka, tapi dia (Amylea) sangat membantu. Dia juga memberikan tips bagaimana nak memajukan lagi nyanyian bahasa Melayu saya. 

“Saya membesar dan mendengar banyak lagu Melayu, tapi tidak menyanyikannya. Jadi, ia sangat sukar untuk saya di studio.

“Ada perkataan yang kadang kedengaran bunyi Inggeris jadi tak kena untuk lagu Melayu. Ia sesuatu yang janggal. Namun, selepas ulang beberapa kali, kami dapat lakukan juga dengan baik,” katanya.

Jelas pemilik nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson, 32, ini merupakan kali pertama dia berkerjasama dengn Amylea dan berdepan dengan satu cabaran besar kerana perlu memahami kehendak penyanyi dan komposer itu.

Namun, Diana yang pernah merakamkan lagu duet bersama penyanyi terkenal British, Calum Scott, berjudul Heaven, bersyukur Amylea cukup profesional.

“Cabaran bagi diri saya adalah pertama kali bekerjasama dengan Amylea. Sebab saya tak pasti apa yang dia mahukan. 

“Dalam masa sama, menyanyikan lagu Melayu bukan mudah untuk saya. Saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan harap peminat boleh ‘enjoy’ dengan lagu ini,” katanya.

Dalam pada itu pelakon filem ‘Imaginur’ itu turut mengakui proses rakaman muzik video (MV) dilakukan di saat-saat akhir namun dia berjaya menyiapkan lagu ini sehingga ia dilancarkan di semua platform digital sejak 7 April lalu.

“Cabaran MV ini adalah masa kerana ia dibuat pada saat akhir. Tapi, penting untuk saya siapkan. Sebab, saya mahu ia dikeluarkan sempena raya ini. Lagi pula, sebelum ini saya tak ada peluang merakamkan lagu solo raya. Sebelumnya, berkolaborasi saja.

“Sejujurnya, saya bangga apabila turut memberikan idea dalam MV ini yang mana nak paparkan situasi sebenar. Sebagai penyanyi baru juga, ia memberikan saya pengalaman bagaimana nak mewujudkan sesuatu yang bermula dengan hanya idea,” ujarnya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut berharap agar ‘Senandung Raya’ akan menjadi malar segar seperti kebanyakan lagu raya lain.
Ibu kepada dua cahaya mata itu turut berharap agar ‘Senandung Raya’ akan menjadi malar segar seperti kebanyakan lagu raya lain.

Berkongsi mengenai konsep MV itu, menurut Diana, ia memaparkan situasi dan suasana sebenar seseorang yang sudah lama tidak pulang beraya ke kampung halaman.

“Konsep MV ini adalah kami nak paparkan apa yang dilakukan oleh orang ramai pada setiap hari raya. Disebabkan itu, kami buat peraduan dan ikut pemenang itu balik kampung di Kelantan.

“Jadi, kami rakam situasi sebenar di mana pertemuan berlaku bersama keluarga selepas tidak pulang ke kampung selama beberapa tahun. Apa yang dipaparkan itu tidak sama jika kita reka situasi berkenaan.

“Disebabkan itu, kami mahu MV ini nampak semula jadi dan ‘real’. Nak tunjukkan bagaimana rasa penuh kasih sayang meraikan hari raya dengan keluarga tercinta. Pendek kata, konsep MV ini sedikit tenang tapi penuh makna,” tambahnya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut berharap agar ‘Senandung Raya’ akan menjadi malar segar seperti kebanyakan lagu raya lain.

“Sudah tentu saya berharap peminat dan masyarakat boleh menerima dengan baik lagu ini. Sebab ia bukan seperti kebanyakan lagu raya lain, tapi lagu raya yang berentak R&B. Ia mengingatkan saya pada lagu Datuk Sheila Majid.

“Jadi, saya harap orang ramai boleh terima kelainan yang dibawa dalam lagu ini dan raikan perbezaan. Saya selalu dengar orang cakap, kebanyakan lagu raya sama saja. Jadi, untuk lagu ini kami berikan kelainan.

“Mungkin ia adalah risiko, tapi saya percaya peminat hari ini terbuka menerima sesuatu yang lain daripada kebiasaan seperti konsep dan genre lagu,” ujarnya. - Getaran, 21  April 2023.

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN