Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Ride’ Moreh Harley Davidson Di Ohh Bakery & Café

Ohh Bakery & Café menawarkan pelbagai jenis kek dan kuih tradisional secara percuma dalam bentuk mini bufet kepada kumpulan Harley Davidson dan pengunjung lain sempena bulan Ramadan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 8:30AM

Pemilik-pemilik motosikal Harley Davidson bergambar beramai-ramai di hadapan Ohh Bakery & Café, di Denai Alam, baru-baru ini. - Gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Moreh adalah aktiviti makan bersama yang sering kali diamalkan pada bulan Ramadan sejurus selesai solat sunat tarawih.

Tujuan utama amalan ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama muslim serta mengimrahkan bulan yang mulia ini. 

Baru-baru ini, penulis berkesempatan mengikuti aktiviti moreh ini bersama kumpulan pemilik motosikal Harley Davidson (HD) anjuran Sportster Malaysia di Ohh Bakery & Café yang bertempat di Denai Alam. 

Acara santai ini diadakan bagi merapatkan silaturrahim antara penunggang.
Acara santai ini diadakan bagi merapatkan silaturrahim antara penunggang.

Penulis menggelarkan acara ini sebagai ’Ride Moreh HD Ohh” kerana ia melibatkan 40 motorsikal HD daripada pelbagai kategori. Bukan sahaja penunggang lelaki, bahkan ia turut disertai oleh penunggang motosikal wanita.

Kehadiran kumpulan penunggang HD ini menggegarkan kawasan sekitar  Ohh Bakery & Café.
Kehadiran kumpulan penunggang HD ini menggegarkan kawasan sekitar Ohh Bakery & Café.

Kehadiran kumpulan penunggang HD tersebut benar-benar telah menggegarkan kawasan di sepanjang lorong kafe berikutan deruan bunyi enjin dan ekzos yang begitu kuat dan garang.

Pelbagai jenis kategori HD yang hadir seperti Baggers, Fat Boy, Soft Tail, Sportster dan lain-lain melibatkan kumpulan kelab MC (Motorcycle Club) dan MG (Motorcycle Group) seluruh Malaysia, fuh meriah sungguhlah malam itu.

Ride ini merupakan salah satu acara amal tanda memberi sokongan kepada rakan-rakan yang memulakan perniagaan.

Secara tak langsung ia turut mempamerkan ukhwah dan ikatan  ‘kekeluargaan’ geng motosikal serta menukar pemikiran skeptikal masyarakat luar bahawa meminati motosikal bukanlah perkara yang sia-sia.

Harris Zamzairi
Harris Zamzairi

Pengasas dan Presiden Sportster Malaysia, Harris Zamzairi, 47, ketika ditemui berkata objektif ride ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara penunggang dan pada masa yang sama ia juga satu aktiviti santai.

“Kami memilih Ohh Bakery & Cafe kerana tempatnya cantik! Makanan sedap dan kalau bahasa kami, kami panggil tempat ini nampak suci,” katanya sambil ketawa kecil.

“Yang pentingnya tempat sesuai untuk kita berkumpul, bergaul dan connected antara satu sama lain. Itulah yang menjadikan tempat itu ‘super’ pada kami,” jelasnya.

Shima Nikmat
Shima Nikmat

Tidak ketinggalan, penulis sempat bertanya kepada salah seorang penunggang HD wanita, Shima Nikmat, 51 tahun. Dia memberitahu ramai yang mempersoalkan keupayaan wanita untuk membuat aktiviti lasak. 

Penunggang wanita HD tidak melepaskan peluang bergambar bersama-sama ketika menyertai acara moreh di  Ohh Bakery & Café.
Penunggang wanita HD tidak melepaskan peluang bergambar bersama-sama ketika menyertai acara moreh di Ohh Bakery & Café.

“Selalunya bila bercakap mengenai wanita, ramai yang berkata wanita tidak boleh buat itu dan ini terutamanya wanita yang tidak mampu menaiki motosikal besar, jadi ia salah sama sekali. Lihat sendiri, perkara ini telah terbukti bahawa wanita juga mampu buat apa yang lelaki lain buat.

“Bahkan, pemilik Ohh Bakery & Café ini juga adalah seorang wanita seperti saya. Ini yang dikatakan pemerkasaan wanita” tegasnya.

Suasana di dalam Ohh Bakery & Café.
Suasana di dalam Ohh Bakery & Café.

Mengenai aktiviti moreh di Ohh Bakery & Café, menariknya kafe ini menyediakan pelbagai kek dan kuih tradisional secara percuma dalam bentuk mini bufet kepada pengunjung sepanjang bulan Ramadan. 

Moreh tersebut juga merupakan sebuah inisiatif dan amal jariah daripada Ohh Bakery & Café sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan kerana menyokong kafe tersebut yang sudah beroperasi hampir dua tahun.

Antara kek yang disediakan untuk pelanggan.
Antara kek yang disediakan untuk pelanggan.

Antara menu yang disediakan ialah kek red velvet, strawberry dan blueberry serta aneka kuih tradisional termasuk kuih kosui.

Turut disediakan ialah buah-buahan tempatan dan minuman panas serta sejuk. Ya, suasananya seakan-akan moreh di surau atau pun masjid.

Walaupun konsep kek-kek tersebut dipotong secara kecil-kecil, penulis mendapati setiap hidangan yang disajikan di kafe ini sangat enak dan berkualiti. Malah, penulis berpeluang untuk merasai setiap daripada hidangan mini bufet tersebut. Lengkap dan cukup memuaskan hati! Itu yang boleh dikatakan.

Macaron Blueberry, adalah antara manisan utama di  Ohh Bakery & Café.
Macaron Blueberry, adalah antara manisan utama di Ohh Bakery & Café.

Selain itu, pengunjung juga boleh membeli menu signature lain di Ohh Bakery & Café antaranya ialah muffin berperisa coklat cip dan coklat pisang, aneka macaron berperisa buah, pelbagai jenis kopi dan banyak lagi. 

Berdasarkan sambutan yang diterima, acara ini dijangkakan diadakan setiap tahun pada bulan Ramadan.
Berdasarkan sambutan yang diterima, acara ini dijangkakan diadakan setiap tahun pada bulan Ramadan.

Kesimpulan, penulis merasakan acara ‘ride’ moreh pada 10 malam terakhir Ramadan 2023 di Ohh Bakery & Café ini menarik, unik dan amat menyeronokkan.

Difahamkan, acara seperti ini akan dikekalkan dan diadakan setiap tahun pada bulan Ramadan. - Getaran, 20 April 2023 

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 13 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN