web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terima Kasih Allah Yang Menjentik Hati Ini - DJ Lin Kini Berhijab, Mahu Seimbangkan Kualiti Masa Dengan Keluarga 

Umrah yang dilakukan pada bulan Ramadan tahun ini, nampaknya benar-benar mendatangkan kesan serta cukup membekas di hati Rosalinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 9:02PM

Rosalinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin. - Gambar ihsan Suria Malaysia dan DJ LIn 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sudah pernah mengerjakan ibadah umrah sebanyak dua kali di Tanah Suci Mekah sebelum ini, namun umrah yang dilakukan pada bulan Ramadan tahun ini, nampaknya benar-benar mendatangkan kesan serta cukup membekas di hati Rosalinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin. 

Apa tidaknya, sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan umrah, DJ Lin yang juga salah seorang penyampai radio di Suria FM serta merangkap Pengurus Besar stesen radio bahasa Melayu tersebut telah tampil berhijab. 

DJ Lin mengakui ibadah umrah kali ketiga yang dilakukannya itu benar-benar memberikan kesan kepada dirinya.
DJ Lin mengakui ibadah umrah kali ketiga yang dilakukannya itu benar-benar memberikan kesan kepada dirinya.

“Alhamdulillah, syukur saya terbuka hati nak menutup aurat sepenuhnya selepas pulang mengerjakan umrah.  Terima kasih kepada Allah yang menjentik hati.

“Sebenarnya bercakap tentang menutup aurat sepenuhnya ini, dah beberapa kali hasrat ini berlegar di hati dan di minda. Cuma, ia belum dapat disempurnakan secara total.

“Tapi sewaktu saya berada di Mekah dan Madinah, saya pakai tudung labuh dan ada ketikanya berniqab. Saya rasa tenang, damai dan okay. Tidak ada langsung rasa stress. Tidak ada rasa rambut gatal dan sebagainya. 

“Jadi, saya rasa itu adalah satu petanda yang baik. Itu juga yang buatkan DJ lin mengatakan pada diri sampai di Malaysia, kita teruskan begini. 

“Sebab ini adalah benda yang baik. Lagipun, apa yang berlaku dalam kehidupan saya, bermula pada tahun lepas sewaktu  kehilangan arwah mak dan kemudian diikuti dengan pemergian arwah abang kandung ketika berada di Madinah baru-baru ini, membuatkan DJ Lin rasa seperti tersentak dan terduduk. 

“Ia juga menyedarkan saya bahawa sebagai manusia, walaupun kita punya segalanya di dunia ini, tapi akhirnya kita kena kembali kepada fitrah yang sepatutnya. Banyak yang Allah SWT dah bagi pada kita dan banyak anugerah yang Allah dah bagi pada saya dalam kehidupan ini,” katanya dengan nada suara yang semakin perlahan dan mula kedengaran sebak. 

Kemudian, dia (DJ Lin) tiba-tiba bungkam untuk seketika dan kelihatan menundukkan sedikit kepala ke bawah. 

Rupa-rupanya, ibu tunggal kepada dua anak ini sudah tidak mampu untuk menahan air mata. Lalu, akhirnya terhamburlah esakan kecilnya. 

“Selama 23 tahun saya jadi deejay radio, saya memang mengabdikan diri dalam industri ini. Sampai arwah ibu saya pernah cakap, kau ini, kerja nombor satu, keluarga nombor dua. Selalu dia cakap macam itu. 

“Tapi, memang saya tidak boleh bertoleransi dengan cuti dan sebagainya. Selalunya cuti balance tahunan pastu akan tinggal berbelas hari. Orang lain sibuk balik kampung dengan keluarga, saya pula sibuk di ofis bekerja. Sebab nak tinggalkan peminat susah. Sayang sangat dengan Suria Cinta. Sayang sangat-sangat dengan Suria FM nih,” katanya. 

DJ Lin (tengah) kini akan mengimbangkan antara kerjaya dan keluarga.
DJ Lin (tengah) kini akan mengimbangkan antara kerjaya dan keluarga.

Namun, pemergian arwah ibunya pada tahun lalu, disusuli dengan arwah abang kandung selepas sembilan bulan, membuatkan dia terfikir. 

“Kata-kata arwah mak saya tentang kerja nombor satu, keluarga nombor 2, sentiasa terngiang-ngiang. 

“Waktu di Mekah dan Madinah, saya tertanya pada diri, adakah saya ini terlalu utamakan dunia? Adakah saya ini terlalu mengejar keduniaan? Cukup-cukuplah kerja bertungkus-lumus macam nak rak, tinggalkan keluarga. 

“Waktu itu saya sedar betapa kurangnya masa saya dengan mak serta adik-beradik. Orang kenduri, kita tak balik. Orang kerja kahwin, kita tak balik. Sibuk memanjang kat ofis. 

“Sampai bila saya nak macam nih? Takkan saya nak merasai lagi kehilangan orang-orang yang tersayang. keadaan macam nih. 

“Entahlah, sebelum ini, bukan saya tidak pernah buat umrah. Dah dua kali dah. Cuma kali ini (yang ketiga) terasa betul-betul lain. Tak pernah saya rasa begini sedih dan sebak. Ia betul-betul membuatkan saya tersentak,” katanya. 

Justeru itu, kata DJ Lin, dia terpaksa memberitahu dirinya bahawa dengan kematangan usianya ketika ini, dia perlu seimbangkan kehidupan kerjaya dan peribadinya. 

“Cukuplah saya abadikan diri saya kerja dan jaga radio. Memang saya sayang Suria FM, ia ibarat macam baby saya. Ibarat nyawa. Jangan usik Suria FM. Ia boleh bikin saya naik darah. 

“Begitulah sayangnya saya pada Suria FM. Tapi, apa yang dapat saya katakan, selepas pulang dari umrah, DJ lin akan cuba seimbangkan semula kualiti masa dengan keluarga yang dah hilang sebelum ini. 

“Walaupun arwah mak dan arwah abang sudah tiada, tapi masih ada lagi lapan beradik yang tinggal (termasuk DJ Lin). Daripada 10 adik-beradik, kini kami tinggal berlapan, termasuk anak-anak saudara dan anak-anak saya sendiri. 

''Fokus pada Suria FM tetap ada. Ia tetap jadi priority tapi ia akan lebih diseimbangkan dengan kualiti masa dengan keluarga. 

“Dengan penampilan baru saya yang berhijab sebegini, saya rasa ramai yang tumpang bersyukur dan tumpang gembira serta mendoakan saya,” katanya.  -Getaran, 13 April 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN