web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tidak Singkirkan Pengurus Saya, Dia Undur Diri Atas Kerelaan Sendiri - Aina Abdul Enggan Jelaskan Puncanya 

Menjawab spekulasi yang mendakwa dia telah menyingkirkan pengurus peribadinya, penyanyi Aina Abdul mengakui bahawa dia tidak pernah menyingkir siapa-siapa pun daripada pihak pengurusannya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 9:50PM

Aina Abdul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Aina Abdul menegaskan dia tidak pernah menyingkir pengurus peribadinya seperti dakwaan sesetengah pihak, sebalik pengurusnya itu membuat keputusan untuk mengundurkan diri atas kerelaan sendiri.

“Sejujurnya, saya tahu saya tidak boleh lari lagi daripada soalan ini, jadi saya menjawabnya dengan benar, yang saya tidak pernah singkirkan siapapun daripada pengurusan saya.

“Saya tahu orang di luar sana akan berspekulasi macam-macam, akan membuat andaian atau menganggap pelbagai kemungkinan, namun apa yang berlaku adalah saya tidak singkirkan pengurus saya.

“Dia yang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri atas alasan tertentu. Jadi kepada orang luar yang ingin tahu punca sebenar, saya rasa mereka boleh tanya pihak sana,” katanya ketika menjawab spekulasi mengenai pengunduran pengurus peribadinya.

Aina berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media ‘Big Stage’ musim kelima di Menara Mustapha Kamal semalam.

Jelas pemilik nama sebenar, Nurul Aina Abdul Ghani, 30, ini lagi, pengurusnya itu telah mengundurkan diri secara sukarela sebelum dia terbang ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah.

Aina memaklumkan bahawa pengurus peribadinya telah mengundurkan diri secara sukarela, bukan disingkirkan.
Aina memaklumkan bahawa pengurus peribadinya telah mengundurkan diri secara sukarela, bukan disingkirkan.

Ketika ditanya punca pengurusnya itu berbuat demikian, penyanyi lagu ‘Sumpah’ itu bagaimanapun tidak memberi sebarang jawapan.

“Bagi saya, biarlah perkara itu saya seorang sahaja tahu. Kalau ditanya lebih-lebih, nanti ada salah faham yang berlaku atau isu lain pula timbul . 

“Sejujurnya saya tidak ingin menjawab untuk menjaga banyak hati. Bagi saya isu it sangat personal dan sensitif untuk  didedahkan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Aina mengakui dia berasa sedih selepas pengurusnya yang telah bekerja dengannya sejak 2019 itu mengundurkan diri secara tiba-tiba.

“Sebenarnya, saya rasa semua perkara itu berlaku sangat pantas dan saya tidak ingin sebarang spekulasi tercetus. Lagipun ibu bapa dia peminat saya juga. Saya kenal mereka untuk satu tempoh yang panjang.

“Jadi saya mohon kepada semua pihak supaya tidak membuat sebarang sepekulasi. Saya percaya rezeki kami sampai di sini sahaja. Dan saya tidak ingin bermusuh dengan mana-mana pihak.

“Saya bukan jenis yang bermasam muka dengan orang, saya hanya ingin hubungan yang baik dengan semua orang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi, penulis lagu, komposer dan pelakon Aina Abdul bakal mengisi kerusi juri tetap bagi rancangan ‘Big Stage’ musim kelima yang bakal bermula siaran mulai 7 Mei 2023 setiap Ahad di saluran Astro Ria (104). – Getaran, 12 April 2023.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...