web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Asalkan Dia Gembira,” Gigi Hadid Tiada Masalah Hubungan Cinta Zayn Malik Dan Selena Gomez

Menurut sumber terdekat Gigi Hadid, model itu sangat memberi galakan untuk Zayn bertemu cinta yang baharu asalkan bekas kumpulan One Direction itu gembira serta menjalankan komitmennya sebagai seorang bapa kepada anaknya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2023 2:22PM

Zayn Malik dikatakan menjalin hubungan cinta bersama penyanyi Selena Gomez - Gambar AFP

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak semua perlu berakhir dengan dendam. Begitulah respons model terkenal, Gigi Hadid kepada bekas kekasihnya, Zayn Malik yang dikatakan menjalin hubungan cinta bersama penyanyi Selena Gomez. 

Menurut sumber terdekat Gigi Hadid, model itu sangat memberi galakan untuk Zayn bertemu cinta yang baharu asalkan bekas kumpulan One Direction itu gembira serta menjalankan komitmennya sebagai seorang bapa kepada anaknya.

“Gigi tiada masalah dengan berita percintaan mereka. Asalkan dia (Zayn) gembira dan dapat memberikan komitmen untuk menjadi bapa kepada anak mereka, Khai secara konsisten. Gigi okay sahaja kalau Zayn ingin bercinta dengan sesiapa,” kata sumber terdekat Gigi kepada US Magazine. 

Gigi Hadid - Gambar AFP
Gigi Hadid - Gambar AFP

Sebelum ini Gigi dan Zayn memiliki sejarah percintaan panjang selama tujuh tahun. Dalam tempoh itu mereka dua kali putus cinta dan kemudian baik semula. 

Pada tahun 2020, mereka mengumumkan bakal menyambut kelahiran anak perempuan mereka bernama Khai. Setahun selepas itu, mereka berdua dilaporkan berpisah buat selamanya selepas mengalami masalah dalam perhubungan namun masing-masing bersetuju untuk memberikan komitmen menjaga anak mereka. 

Terdahulu media melaporkan Selena Gomez dan Zayn Malik dikatakan menjalin hubungan cinta selepas kedua-dua bintang pop itu dilihat berpegangan tangan dan makan malam bersama-sama di sebuah restoran.

Bukan itu sahaja, peminat turut mendedahkan Selena telah mengikuti semula Instagram Zayn Malik beberapa bulan lalu. Selena pula menjadi antara 18 individu yang diikuti Zayn di Instagram.  - Getaran, 27 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hubungan Iran-Malaysia Akan Terus Tingkatkan Ikatan Budaya

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Malaysia Bukan Condong Kepada China, Namun Memang Dekat Secara Geografi - PM

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Dikecam Sokong Palestin, Gigi Hadid Enggan Ubah Pendirian Tentang Israel 

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

10 Perkara Yang Suami Perlukan, Namun Tidak Tahu Cara Meminta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN