web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Artis Malaysia Diserang Di Singapura, Selamat Jalani Pembedahan

Uqasha dan Kamal berada di Singapura bagi acara Hari Raya Mega Sale 2023 selama tiga hari bermula Jumaat yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 1:39PM

Uqasha Senrose dan Kamal Adli menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan turut memohon peminat dan orang ramai mendoakan kesembuhan Kamal - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Selebriti Malaysia Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam hari Ahad (Mac 12) selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.

“Alhamdulillah Kamal dah sedar...harap semua doakan keselamatan kami,” isterinya Uqasha Senrose memaklumkan menerusi akaun Instagram (IG) hari ini.

Dalam kemaskini IGnya lewat malam tadi, Uqasha memaklumkan Kamal,37, diserang menggunakan ‘chota’ berkali-kali oleh seorang lelaki di kepala, muka dan badan.

Tangkapan layar Instagram Uqasha Senrose
Tangkapan layar Instagram Uqasha Senrose

Tanpa mendedahkan hospital Kamal ditempatkan, Uqasha berkata Kamal menjalani “major operation” berikutan kecederaan di bahagian kepala yang agak teruk.

Beliau dan suami menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan turut memohon peminat dan orang ramai mendoakan kesembuhan suaminya.

Mereka berdua berada di Singapura bagi acara Hari Raya Mega Sale 2023 selama tiga hari bermula Jumaat yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.

Menurut Uqasha, kejadian berlaku di akhir acara itu berlangsung.

Uqasha turut sertakan gambar-gambar kejadian yang menimpa suaminya dan memaklumkan penyerang itu telah ditahan.

Tangkapan layar Instagram Story Uqasha Senrose
Tangkapan layar Instagram Story Uqasha Senrose

Sementara itu, menurut jurucakap polis Singapura yang menjawab pertanyaan Bernama pihak polis menerima panggilan tentang satu pertelingkahan yang berlaku di Singapore Expo pada 9.19 malam.

Siasatan awal menunjukkan seorang lelaki berusia 33 tahun telah memukul seorang lelaki berusia 36 tahun di lokasi itu.

Lelaki berusia 36 tahun itu masih sedarkan diri semasa dibawa ke hospital.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kerana dengan sengaja menyebabkn kecederaan menggunakan senjata berbahaya dan memiliki senjata mengancam.

"Cota itu dirampas dan ia dijadikan barangan kes. Masih dalam siasatan polis," kata jurucakap itu. 

Dianjurkan Megaxpress International, Hari Raya Mega Sale turut menampilkan beberapa artis dari Malaysia.

Pasangan popular Kamal dan Uqasha antara selebriti Malaysia yang sentiasa mengikuti acara sebegini di Singapura. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...