web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Tiada Siapa Yang Harus Dipersalahkan', Fasha Sandha Kini Sedang Berehat Akibat Kemalangan Di Lokasi 

Akibat kemalangan itu, Fasha mengalami kecederaan yang parah selepas tulang mata kirinya patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 3:00PM

Mata Fasha mengalami kecederaan selepas kepalanya terhentak di bucu katil ketika menjalani penggambaran drama bersiri Anak Tuan. - Gambar dari Instagram Fasha Sandha

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malang tidak berbau. Pelakon Fasha Sandha telah berhadapan dengan kemalangan yang tidak diduga apabila kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam ketika menjayakan penggambaran drama bersiri Anak Tuan untuk slot tayangan TV3, semalam. 

Akibat kemalangan itu, Fasha mengalami kecederaan yang parah selepas tulang mata kirinya patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak. 

Berikutan itu, Fasha terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan dan akan dipindahkan ke hospital pakar lain di Kuala Lumpur, sama ada lewat petang ini atau keesokan pagi.

Keadaan terkini mengenai kondisi Fasha itu telah diikongsi dalam satu hantaran di akaun Instagram milik Fasha sendiri. 

Hantaran yang ditulis oleh pihak pengurusan Fasha itu juga menyebut bahawa syarikat produksi telah memohon maaf kepada Fasha dan keluarganya. 

“Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita. In Sha Allah, saya akan update lagi perkembangan Fasha dari semasa ke semasa. 

“Fasha sedang mendapatkan rehat yang secukupnya. Mohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan Fasha. Seperti yang ramai tahu Fasha seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Saya yakin Fasha kuat,’' kata jurucakap berkenaan.

Fasha mengalami kecederaan tersebut ketika menjalani babak pergaduhan bersama pelakon Azhan Rani dalam drama bersiri Anak Tuan yang diarahkan Along Kamaruddin. 

Sementara itu, di Instagram Fizz Fairuz pula, berlaku perbalahan dalam kalangan penggiat industri apabila mereka cuba menyalahkan antara satu sama lain berhubung isu ini sehingga ia turut mendapat maklum balas daripada Along Kamaruddin sendiri. – Getaran, 2 Mac 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 4 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN