web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Membawa Keluarga Ke Tanah Suci Adalah Impian Saya Sejak 2017 - Farid Kamil 

'Saya pernah berjanji kepada anak-anak untuk membawa mereka ke Makkah terlebih dahulu, barulah ke tempat lain kalau ada rezeki' - Farid.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 11:02AM

Farid Kamil - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil menyifatkan kunjungannya ke Makkah bersama keluarga baru-baru ini sebagai satu pengalaman yang menakjubkan buat dirinya sebagai seorang suami dan bapa. 

Menurut Farid, dia bersyukur hasrat mengerjakan umrah bersama isteri, Diana Danielle dan dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora, menjadi kenyataan. 

Farid Kamil
Farid Kamil

“Sebagai suami dan bapa, dapat menunaikan umrah bersama isteri dan anak-anak adalah suatu pengalaman cukup indah dalam hidup saya.

“Hasrat membawa keluarga bersama ke Tanah Suci sudah menjadi impian dan cita-cita saya sejak kali pertama mengerjakan umrah bersendirian pada 2017.

“Alhamdulillah, apabila Allah SWT menjemput kami sekeluarga, saya anggap ia salah satu doa yang dimakbulkan dan saya sangat bersyukur,” katanya kepada Getaran ketika ditemui pada Malam Gala filem ‘Sumpahan Syaitan’.

Pemilik nama sebenar, Farid Kamil Zahari, 42, berkata, hasrat membawa keluarganya ke Tanah Suci sudah tersimpan sejak dia menunaikan ibadat itu buat kali pertama, kira-kira enam tahun lalu.

Kini dia bersyukur kerana hasrat berkenaan iaitu membawa keluarganya ke tempat yang paling indah di dunia ini iaitu Makkah telah tercapai. 

Nur Aurora ketika mengerjakan umrah bersama keluarga. - Gambar dari Instagram Dania Danielle
Nur Aurora ketika mengerjakan umrah bersama keluarga. - Gambar dari Instagram Dania Danielle

Berkongsi detik-detik indah yang dilaluinya sepanjang berada di Tanah Suci, Farid berkata, paling membekas dalam ingatan adalah apabila melihat kesungguhan dan keseronokan keluarganya menunaikan ibadat itu. 

“Saya amat teruja apabila melihat mereka tidak membuang masa malah tekun dan menumpukan perhatian terhadap ibadat.

“Reaksi Muhammad pula apabila nampak Kaabah terus teruja. Saya rasa kena bawa dia dekat dengan Kaabah. Dengan kudrat yang ada, saya berjaya angkat dia untuk sentuh Kaabah.

“Saya rasa ini adalah detik yang paling seronok kerana banyak tempat lain lagi yang menarik tapi takkan sama dengan dua tempat ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Farid memegang watak sebagai Sam menerusi filem Sumpahan Syaitan arahan Roy, yang akan ditayangkan di pawagam bermula 2 Mac ini.

Selain Farid, filem arahan Roy ini dibintangi Nynaa Harizal, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk AC Mizal, Adam Shahz dan kumpulan Senario. – Getaran, 28 Februari 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 23 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...