web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ranbir Kapoor Akui Dirinya Pakar Sendawakan Anaknya, Si Comel Raha Kapoor 

Biarpun sibuk mempromosikan filem lakonan terbaharunya, Tu Jhoothi Main Makkar, namun Ranbir sentiasa bercakap tentang anaknya, Raha Kapoor. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 8:34AM

Ranbir Kapoor - Gambar dari Instagram Ranbir Kapoor Fan Page

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai ibu bapa yang seringkali mengambil sikap sambil lewa untuk sendawakan bayi mereka dengan menggunakan teknik yang betul. 

Namun, perkara ini, nampaknya tidak berlaku kepada aktor Ranbir Kapoor. Bahkan, Ranbir mengakui dia adalah pakar untuk sendawakan anak perempuannya, Raha.  

Proses sendawa adalah penting bagi bayi dan ia bertujuan mengeluarkan udara berlebihan di dalam perut bayi ketika proses menyusu.

“Sebelum ini saya tidak tahu bahawa sendawa adalah benda yang paling penting dalam proses tumbesaran awal seorang anak. Tapi, sekarang ini, saya memang pakar dalam melakukannya,” katanya. 

Ranbir berkata demikian ketika mempromosikan filem lakonan terbaharunya, Tu Jhoothi Main Makkar bersama Shradda Kapoor sebagai teraju utama di Kolkata. 

Namun, pada acara berkenaan, Ranbir tidak henti-henti bercakap tentang Raha. 

“Sejak Raha muncul, saya seringkali berasa malas untuk meninggalkan rumah. Malah, sebelum mengambil penerbangan ke Kolkata, saya meluangkan masa selama 20 minit bersama Raha. 

“Setiap kali berada di rumah, saya akan menghabiskan masa bersama Raha dan momen itu saya rasakan seperti satu magis. 

“Raha sudah pun pandai tersenyum sejak dua minggu lalu dan melihat dia tersenyum mampu mencairkan hati anda. 

“Ia seperti satu pemahaman baharu terhadap perasaan cinta. Padahal, bayi tidak punya apa-apa bahasa. Tapi, rasa cinta yang terserlah daripada mereka itu, sukar sekali digambarkan dengan perasaan,” katanya. 

Mengenai Tu Jhooti Main Makkar, filem komedi romantik arahan Luv Ranjan yang diterbitkan di bawah produksinya, Luv Films ini turut menampilkan pelakon komedi, Anubhav Singh Bassi.  Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 8 Mac ini. 

Selain Tu Jhooti Main Makkar, Ranbir juga bakal muncul dengan filem drama jenayah 'Animal' bersama aktres India Selatan, Rashmika Mandanna. Filem yang ditulis dan diarahkan Sandeep Reddy Vanga ini bakal berada di pawagam pada 11 Ogos ini. 

Suami kepada Alia Bhatt ini turut mengesahkan tentang projek filem biopic, Kishore Kumar arahan Sourav Ganguly yang bakal dibintanginya. – Getaran, 28 Februari 2023 

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN