web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon Yoo Ah In Sedang Disiasat Kerana Penggunaan Propofol Secara Haram

Pihak agensinya, United Artists Agency (UAA) turut mengesahkan bahawa Yoo Ah In sedang disiasat dan telah bekerjasama untuk terlibat dengan semua siasatan tersebut. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 10:54AM

Yoo Ah In - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon filem terkenal Korea, Yoo Ah In telah ditahan oleh pihak berkuasa untuk disoal siasat berhubung penggunaan profofol iaitu sejenis ubat anestetik. 

Menerusi laporan daripada News 9 yang dibawakan TV Chosun, Agensi Polis Metropolitan Seoul telah menahan dan menyiasat Yoo Ah In pada 6 Februari lalu atas dakwaan melanggar Akta Kawalan Narkotik.

Bahkan, polis juga melarang Yoo Ah In daripada meninggalkan negara. 

Laporan itu turut mendedahkan bahawa polis telah meninjau beberapa hospital untuk mencari Yoo Ah In dan memanggilnya untuk siasatan. 

Polis kini sedang meminta Institut Siasatan Saintifik Kebangsaan untuk memeriksa bulu di badan Yoo Ah In bagi mengesahkan sama ada dia kerap menggunakan propofol.

Dalam pada itu, agensi pelakon itu, United Artists Agency (UAA) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Yoo Ah In sedang disiasat dan telah bekerjasama untuk siasatan tersebut. 

''Ini adalah UAA.

Baru-baru ini, Yoo Ah In telah disiasat oleh polis berhubung penggunaan propofol.

Beliau memberikan kerjasama sepanjang siasatan dan kami merancang untuk menjelaskan secara telitu akan masalah yang mungkin timbul.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan,'' ujar UAA.

Walaupun ia adalah jenis ubat biasa dan tidak dianggap berbahaya di banyak negara, propofol dianggap sebagai bahan haram yang penggunaannya dilarang di Korea. – Getaran, 9 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...