web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Ibu Bapa Restu Hubungan Saya dan Ubai' - Shila Amzah

Dalam satu siaran langsung di TikTok, Ubai dan Shila tidak berselindung menceritakan kisah cinta mereka.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 5:09PM

Shila Amzah dan Ubai. - Gambar dari TikTok

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Shila Amzah akhirnya mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Ubai. 

Pengakuan itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai hubungan cinta mereka yang diperkatakan beberapa hari lalu setelah penyanyi Patah Seribu itu tersasul memanggil Ubai dengan gelaran ‘yang’ singkatan bagi sayang dalam satu video live di TikTok. 

Dalam satu siaran langsung di TikTok, Ubai dan Shila tidak berselindung menceritakan kisah cinta mereka.

“Saya berfikir banyak kali juga sebab dia muda. Tapi mungkin bukan tentang umur. Saya pernah juga berkenalan dengan seseorang yang lebih tua tapi tetap tidak serasi. 

“Sudah lama saya selesa dengan Ubai. Cuma ada satu insiden tentang skuter membuatkan saya terdetik untuk buka hati,” jelas Shila.

Bukan itu sahaja, Shila turut menjelaskan hubungannya dan Ubai sudah mendapat restu dan di bawah pengetahuan ibu, bapa dan keluarganya. 

Shila berkata demikian selepas beberapa pihak sebelum ini cuba menimbulkan khabar kurang enak didengar kononnya hubungan mereka ditentang keluarga. 

Terdahulu, selepas bercerai setahun lalu, Shila memang dilihat akrab berkawan dengan beberapa pempengaruh dan sering melakukan siaran langsung di TikTok. 

Siapa sangka hubungan persahabatan mereka telah menerbitkan bibit percintaan. - Getaran, 7 Februari 2023 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN