Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Walau Sedia Ke Fasa Seterusnya Dengan Watie, Shuib Akui Tidak Pernah Lupakan Allahyarham Siti Sarah

Namun masa yang sama, penyampai radio Suria FM itu, turut menafikan khabar angin bakal mendirikan rumah tangga, Mac ini.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 3:11PM

Shuib Sepahtu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak, juga usahawan sensasi, Shuib Sepahtu, mengakui dia sudah mempunyai perancangan untuk ke fasa seterusnya, bersama ahli perniagaan Watie Hanafiah, namun masanya belum lagi ditetapkan.

Namun masa yang sama, penyampai radio Suria FM itu, turut menafikan khabar angin bakal mendirikan rumah tangga, Mac ini.

Menurut Shuib, atau nama sebenar, Shahmira Muhammad, 38, ibunya sering bertanya mengenai hubungan mereka, ekoran anak bongsunya, Ayash yang sudah semakin membesar.

“Insya Allah, kalau ikutkan ibu saya dia sememangnya ingin cepat, sebab dia fikirkan berkenaan anak bongsu Ayash yang semakin besar sekarang ini. Malah, Ayash pun dah nak pandai jalan, lagipun Watie pun takde masalah sebab dia pernah jaga Ayash.

“Meskipun, apa yang saya boleh katakan sekarang adalah, kami harap yang terbaik dari semua orang serta mohon doa daripada semua. Insya Allah bila sudah ada tarikhnya saya pasti akan umumkan,” katanya pada Getaran.

Shuib berkata demikian, ketika ditemui pada sidang media pelancaran Kamya Fest 2023, yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

Sementara itu, Shuib turut berkongsi, bahawa dia tidak pernah melupakan Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raisuddin sehingga hari ini.

“Sampai ke hari ini saya masih tercari-cari hari yang saya tidak teringatkan Sarah. Jadi, bila ada orang datang kepada kita ketika itu, saya pasti ada sebabnya tersendiri. Zalimlah kalau saya kalau tidak menghargai orang itu.

“Bagi saya, kehadiran Watie dalam hidup saya, saya percaya ia sebuah takdir yang telah ditentukan, ia pasti ada jawapannya tersendiri. Saya tidak tahu masa depan saya macam mana, dan ibu saya pula yang sentiasa meyakinkan saya. Jadi saya rasa itu adalah jawapan paling besar untuk saya.

“Saya bukan nak banding, orang lain kahwin okay je, tapi bila sampai saya ianya jadi negatif pula, mana adil,” seloroh Shuib.

Mengulas lanjut Shuib memaklumkan bahawa, personaliti Watie yang penyayang seperti arwah Sarah yang membuatkan dia tertarik padanya.

Menurut Shuib, apa yang lebih mengagumkan adalah, Watie turut bertanggungjawab menjaga kakaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) sejak kecil.

“Sejujurnya, apa yang buat saya tertarik padanya adalah, personaliti dia yang seorang penyayang, saya sangat selesa dengan Watie kerana dia serang yang penyayang. Dia sendiri ada seorang kakak yang OKU sejak kecil memang tak boleh jalan. Dialah yang hari-hari uruskan kakaknya itu.

“Saya melihat pada pasangan sekarang, jika satu hari sakit, ada tak yang boleh jaga kita? Kita mampu atau banyak duit, tapi bila kita sakit, semua itu kita tak nak. Kita hanya nak orang jaga kita, lebih-lebih lagi orang yang kita sayang,” jelanya.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan dirinya dan Watie  tampil berpakaian hampir sedondon ketika menyaksikan 25 Years Lah Ahmad Live In Concert, Shuib mengakui itu adalah kali pertama mereka keluar berdua tanpa ditemani anak-anak.

“Saya mengaku menghadiri konsert Lah Ahmad kerana mendapat jemputan peribadi daripada Lah. Dan saya dapat tiket saat akhir.

“Saya memang teringin menyaksikan konsert Lah tetapi tidak tahu hendak pergi dengan siapa, jadi saya ajak Watie temani.

“Sebenarnya, itu kali pertama kami keluar berdua, ngeri juga rasanya, dan saya sedar ramai akan mempertikai perkara itu.

“Kalau dulu sorok-sorok orang marah, daripada hari itu itu lagi saya sudah beritahu saya sedang berkawan dengannya,” tambahnya.

Terdahulunya, bapa empat cahaya mata itu dilihat yang tidak lagi berselindung mengenai hubungan bersama usahawan, Watie Hanifiah termasuk dilihat tampil berpakaian hampir sedondon ketika menyaksikan 25 Years Lah Ahmad Live In Concert, Ahad lalu.

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011. Shuib kehilangan isterinya, yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, berusia setahun lima bulan. - Getaran, 1 Februari 2023

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 10 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar