web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas 3 Tahun, Ini Tahun Baharu Cina Paling Istimewa - Jasmine Suraya

Pada tahun ini Jasmine Suraya menyambut Tahun Baharu Cina dengan meraikan zodiak Arnab Air Putih yang melambangkan keberanian dan berdikari.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 1:00PM

Semua ahli keluarga Jasmine yang menetap di luar negara akan pulang selepas enam tahun.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas tiga tahun tidak pulang menyambut Tahun Baharu Cina akibat pandemik, pelakon Jasmine Suraya mengakui sangat teruja berkumpul semula bersama-sama keluarga di Kuching, Sarawak.

Pemilik nama sebenar Jasmine Suraya Chin Xian Mei itu sempat meneruskan tradisi sambutan tahun baharu keluarga dengan bakar mercun dan makan besar.

“Tradisi kami pada malam tahun baharu ialah bakar mercun panjang berwarna merah di hadapan rumah. Biasanya lantai kami akan penuh dengan kertas merah yang melambangkan tuah.

“Selain itu, apa yang menarik tahun ini mestilah acara makan besar. Antara hidangan yang wajib ada di atas meja ialah ikan masak kukus dan sup ikan Baw. Tapi, tentulah bukan saya yang masak,” kata Jasmine ketawa ketika dihubungi Getaran.

Selain menempah Cheongsam, perkara yang menarik tahun ini ialah seluruh ahli keluarga yang menetap di luar negara akan pulang selepas enam tahun.

“Perkara yang tak sabar saya nantikan tahun ini ialah kepulangan semua ahli keluarga saya yang tinggal di luar negara.

“Kami akan berkumpul buat pertama kali selepas enam tahun tidak berjumpa. Semestinya ia satu sejarah manis buat kami sekeluarga,” tambahnya.

Menyambut tahun 2023 dengan meraikan zodiak Arnab Air Putih yang melambangkan keberanian dan berdikari, Jasmine turut menanam cita-cita baru.

“Kalau diberi peluang dan mempunyai kesempatan, saya ingin menyambung pelajaran. Tapi saya juga harus akur dengan jadual penggambaran yang padat.

“Soal kerjaya lakonan pula, saya tidak mahu terlalu terbeban memikirkan karier. Bila kita stress, mulalah rasa tak gembira,” tambahnya yang juga merupakan pemegang Ijazah Pengajian Politik Antarabangsa dan Ekonomi Universiti Monash, Melbourne.

Terkini, Jasmine sedang menjalankan penggambaran drama Ku Angkat Kau Dengan Bismillah arahan Osman Ali dengan memegang watak perempuan psycho. - Getaran, 23 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 15 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...