web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Julia Farhana Terus Terang Dengan Suami, Belum Sedia Pakai Tudung Lepas Kahwin

Sejujurnya, saya berterus terang dengan suami sebelum kahwin lagi yang saya belum bersedia untuk pakai tudung, dan belum bersedia lagi nak jadi isteri yang sempurna sebab saya minta masa kerana culture dan cara saya dibesarkan pun berbeza dengan keluarganya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 5:00PM

Julia Farahan Ketika di majlis pelancaran Lagu Tema Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Stesen Udara Maritim Subang, baru-baru ini. - Gambar Flying Deals Sdn Bhd/Arie Zaharie Production

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usia perkahwinan baru mencecah sebulan, pelakon Julia Farhana, akui bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada pertengahan Disember yang lalu.

Walau bagaimanapun, Julia menjelaskan kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa dan suami tidak menghalang minatnya dalam bidang lakonan.

“Memang seronok. Alhamdulilah, saya bahagia kahwin dengannya. Saya happy sebab sekarang dah ada bestfriend yang boleh teman saya ke mana sahaja.

“Bangun pagi dia ada disisi dan balik kerja pun ada teman nak borak dan cerita. Dia seorang yang caring dan loving.

“Memang ada perbezaan, selepas kahwin dengan dia, sebab sebelum ni saya banyak buat apa pun seorang tetapi kini semua ditemani suam,i malah apa jua keputusan terutama dalam tawaran berlakon saya akan berbincang dengannya dahulu sebelum terima,” katanya ketika di majlis pelancaran Lagu Tema Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Stesen Udara Maritim Subang, baru-baru ini.

Barisan pelakon dalam filem Coast Guard - Gambar Flying Deals Sdn Bhd/Arie Zaharie Production
Barisan pelakon dalam filem Coast Guard - Gambar Flying Deals Sdn Bhd/Arie Zaharie Production

Jelas pelakon jelita itu lagi, walaupun, sudah mendirikan rumah tangga dengan pasanganya, dirinya masih belum bersedia bertudung, namun meminta orang ramai untuk terus mendoakannya.

“Sejujurnya, saya turut berterus terang dengan suami sebelum kahwin lagi yang saya belum bersedia untuk pakai tudung, dan belum bersedia lagi nak jadi isteri yang sempurna. 

“Saya juga minta diberikan masa kerana culture dan cara saya dibesarkan pun berbeza dengan keluarga dia.

“Lagipun, dia sangat memahami saya, dan dia tahu kedudukan saya in terms of in Islamic practice dan dia tetap bimbing saya setiap hari,” ujarnya.

Julia Farhana berkata, dia bersyukur Allah mempertemukan jodoh mereka kerana Che Hafiz benar-benar bertanggungjawab membimbing dirinya berkaitan agama.

Katanya, sehingga hari ini, dia tidak boleh melupakan kenangan suaminya mengajak dia ke masjid untuk berjanji temu sewaktu awal tempoh perkenalan mereka. 

“Kami dating pun mula-mula, saya terkejut bila dia ajak saya ke Masjid Shah Alam waktu itu untuk solat Jemaah, sebab saya membesar dalam budaya yang berbeza di Australia. 

“Lagipun, ayah saya juga mualaf. Jadi, belum pernah ada lelaki ajak saya ke masjid,” kongsinya.

Julia Farhana dan Che Hafiz di hari bahagia mereka. - Gambar fail
Julia Farhana dan Che Hafiz di hari bahagia mereka. - Gambar fail

Julia mengakui, bahawa dia sememangnya terkejut ketika suaminya ajak dating pergi masjid, ketika permulaan perkenalan hubungan mereka.

Menurut Julia, sememangnya suaminya itu gemar ke masjid untuk berjemaah dan selepas mendirikan rumah tangga, solat berjemaah dijadikan rutin pada setiap minggu dengan suami sekiranya mereka tiada kekangan kerja.

Terdahulu, pada 14 Disember tahun lalu, Julia Farhana dan Che Hafiz selamat melangsungkan pernikahan mereka di sebuah hotel ternama dalam suasana tertutup yang hanya dihadiri keluarga dari kedua belah pihak.

Dalam perkembangan lain, Julia Farhana yang melakonkan watak Melati yang merupakan seorang pegawai penyiasat wanita Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam filem Coast Guard.

Filem tersebut turut dibintangi Saharul Ridzwan, Adlin Aman Ramlie, Jay Iswazir Ismail, Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Black, Hazama Azmi, Ayie Hushairi, dan Mustaqim Mohamad. 

Filem Coast Guard arahan Pitt Hanif serta terbitan terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production yang akan ditayangkan di pawagam pada 2 Februari nanti. – Getaran 20 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Filem ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ ke Itali, Pertama Kali Ditayangkan Di Luar Negara - Bertanding Empat Kategori 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Aktres Julia Farhana Sah Jadi Isteri Dr Che Hafiz, Sudah Menikah 14 Disember Lalu 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Laporan Palsu Dan Fitnah Yang Kamu Lemparkan Terhadap Saya Adalah Keterlaluan - Lufya 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Niat Saya Nak Berbaik, Kenapa Nak Dekat Tarikh Kahwin Baru Jadi Begini? - Julia Farhana

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 13 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...