web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dikatakan Tidak Boleh Menyanyi 'Live', Nabila Razali Kecewa Dengan Komen Atu Zero

Atu telah memberikan komen berkenaan sewaktu menjurikan program The Masked Singer Malaysia musim ketiga episod kedua.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 9:00PM

Nabila Razali (kiri) dan Atu Zero

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular,  Nabila Razali meluahkan rasa kecewanya terhadap Atu Zero selepas pelawak itu memberikan komen yang mengguris hatinya sewaktu menjurikan rancangan The Masked Singer Malaysia musim ketiga.

Atu telah memberikan komen terhadap peserta The Masked Singer iaitu Si Tangkis yang telah membuat persembahan dengan lagu Pematah Hati dendangan Nabila Razali.

Kata Atu, tidak mungkin selebriti di sebalik topeng Si Tangkis itu adalah Nabila Razali, kerana Nabila tidak boleh menyanyi secara 'live'. 

Komen Atu itu kemudiannya menjadi bualan hangat netizen di media sosial kerana 'kejujurannya' dalam berkata-kata.

Bahkan, komen Atu itu turut mendapat perhatian Nabila sendiri.

Nabila menerusi hantaranya di Insta Story telah meluahkan kekesalan terhadap situasi yang berlaku dalam rancangan yang ditonton oleh jutaan penonton itu.

"Mungkin 'punchline' seperti ini adalah kelakar kepada sesetengah orang. Tetapi pada saya tidak. Saya sedang mencuba yang terbaik untuk membuat yang lebih baik setiap tahun. Hanya peminat sejati saya tahu tentang peningkatan yang saya lakukan. 

"Kepada  semua pelawak di luar sana, tolong cari material yang lebih baik untuk buat orang ketawa. Saya tidak lihat perkara ini berbeza dengan  'body shaming' terhadap seseorang. Atau mungkin anda perlu jatuhkan orang lain untuk membuatkan anda kelihatan menonjol. 

"Saya tidak marah terhadap dia langsung. Cuma saya sedikit kecewa," tulisnya dalam kenyataan itu. 

Sebelum ini Nabila sering menjadi sasaran netizen apabila dia dikatakan seringkali gagal menyanyi secara 'live' terutama ketika membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-35 sewaktu menyampaikan lagu Peluang Kedua. - Getaran, 2 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...