Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Hutang Tertangguh: Kes Saman Hana Terhadap Watie Selesai Secara Baik

Jumlah yang dipersetujui ialah RM796,000 termasuk faedah dan Watie akan membayar secara ansuran lebih RM2,000 sebulan sepertimana dipersetujui di hadapan hakim.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 4:17PM

Hana atau nama sebenar Norhanasafiza Mat Adnan (tengah). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes saman penghutang penghakiman difailkan bekas anggota kumpulan Elite, Hana atau nama sebenar Norhanasafiza Mat Adnan terhadap rakan kumpulannya, Watie atau nama sebenar Norwati Sadali, hari ini berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen Selayang di sini.

Hana, selaku pemiutang penghakiman memfailkan saman itu bagi menuntut Watie, selaku penghutang penghakiman membuat bayaran hutang tertangguh lebih RM700,000 kepada Hana seperti diperintahkan sebelum ini oleh mahkamah sama, pada 25 Oktober 2017.

Penghakiman persetujuan itu direkodkan oleh Hakim Nor Rajiah Mat Zin semasa prosiding dalam kamar dengan dihadiri peguam Mohd Fikri Abd Rahman yang mewakili Hana dan peguam Aqila Zulaiqha Zulkifli, mewakili Watie.

Mohd Fikri ketika ditemui pemberita berkata pihak-pihak terlibat bersetuju untuk menyelesaikan kes saman itu secara baik dan Watie juga bersetuju untuk menyelesaikan jumlah tuntutan yang diminta oleh Hana.

"Jumlah yang dipersetujui ialah RM796,000 termasuk faedah dan Watie akan membayar secara ansuran lebih RM2,000 sebulan sepertimana dipersetujui di hadapan hakim sebentar tadi. Watie akan menjelaskan bayaran itu pada setiap bulan sehingga penyelesaian penuh jumlah bayaran berkenaan," kata peguam itu.

Mohd Fikri berkata pembayaran ada dibuat oleh Watie seperti diperintahkan sebelum ini oleh mahkamah sama, namun pelakon itu beberapa kali tertangguh membuat pembayaran berikutan kekangan kewangan akibat pandemik COVID-19.

"Hana juga kehilangan kerja dan mungkin disebabkan itu, beliau agak beremosi. Namun, perkara ini akhirnya dapat diselesaikan secara baik dengan terma-terma dipersetujui. Saya minta supaya kes ini tidak dipanjangkan kerana anak guam saya bersetuju menerima jumlah bayaran yang dicadangkan oleh Watie.

"Masing-masing memerlukan sumber kewangan dan Hana mengharapkan pada kes ini untuk Watie membayar (hutang), namun bayaran itu tertangguh. Alhamdulillah, kita dapat selesaikan secara baik dan peguam juga telah berbincang mencari jalan terbaik," kata peguam itu.

Hana, memfailkan saman penghutang penghakiman pada 18 Mei 2017 selepas Watie gagal membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 kepadanya.

Dalam saman penghutang itu, Hana turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap sekiranya Watie gagal hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berhubung kegagalannya membayar hutang itu.

Pada 10 Mac 2015, mahkamah sama memerintahkan Watie membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 selepas membenarkan tuntutan saman Hana terhadap pelakon itu.

Hana menyaman Watie bagi menuntut ganti rugi berhubung kegagalan Watie menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya bagi membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Wish.

Dalam pernyataan tuntutan, Hana mendakwa beliau telah membuat pinjaman bank sebanyak RM150,000 untuk membeli kereta itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie kerana pelakon itu tidak layak membuat pinjaman.

Hana mendakwa selepas Watie memiliki kenderaan itu, beliau gagal mematuhi syarat ditetapkan termasuk tidak membuat bayaran ansuran sejak September 2010 kepada pihak bank yang menyebabkan Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 7 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran