Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Afieq Shazwan Tak Menang Tangan Dihujani Pelbagai Tawaran, Tahun 2022 Merupakan Tahun Bertuah Buatnya

Kerjaya Afieq Shazwan dilihat begitu cemerlang di tahun 2022 apabila berjaya mendapat perhatian peminat muzik serta drama tempatan. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 9:30AM

Afieq Shazwan - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi yang semakin meningkat, Afieq Shazwan mengakui rezekinya untuk tahun 2022 melimpah ruah sama ada dari segi nyanyian mahupun lakonan.

Tahun ini drama lakonannya bersama Fasha Sandha, Rampas Cintaku yang disiarkan di platform penstriman terkenal IQiyi mendapat jumlah tontonan sebanyak 100 juta. 

Malah Afieq juga berjaya menggenggam trofi Anugerah Industri Muzik ke 23 apabila lagu duetnya bersama Tajul yang berjudul ‘Malam Semakin Dingin’ mendapat jumlah tontonan tertinggi di YouTube iaitu sebanyak 36 juta.

Pada masa sama dia juga terlibat sebagai pengacara untuk program Tapau Show yang disiarkan di saluran RTM.

“Memang betul tahun ini saya sangat sibuk dengan kerja. Saya jarang ada di rumah dan jarang ada masa dengan famili. 

“Alhamdulillah tawaran dalam bidang nyanyian boleh dikatakan ‘back to back’. Setiap minggu mesti saya akan ‘outstation’ untuk buat persembahan nyanyian,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Gempak Most Wanted. 

Tahun ini juga lagu-lagu nyanyian Afieq berjaya menarik perhatian peminat biarpun hanyalah lagu nyanyian semula. 

Antara lagu nyanyian semula yang mendapat perhatian pada tahun ini ialah Mengusung Rindu, Resah Kerinduan dan yang terbaru Di Alam Fana Cinta. Afieq juga sempat muncul dengan lagu baru duet bersama Muna Shahirah berjudul Cinta Hanya Buatan.

‘Trend’ menyanyikan semula lagu-lagu yang pernah popular satu masa dahulu dimulakan oleh Afieq. Selepas dia berjaya, makin ramai penyanyi yang cuba menyanyikan semula lagu-lagu lama. Ditanya bagaimana dia melihat perkembangan ini, kata Afieq dia sedar ada yang suka dan ada juga yang kurang senang dengan trend ini. 

“Saya gembira bila dikatakan sebagai trendsetter. Dalam masa yang sama saya rasa bangga kerana orang memandang positif perkara ini. Trend ini bukan sahaja berlaku dalam negara kita, malah negara jiran pun sudah terikut. Sekarang orang-orang di negara jiran pun sudah kenal siapa Afieq Shazwan. 

“Tidak dinafikan ada juga komen-komen negatif yang tidak suka dengan cara pembawakan semula lagu-lagu lama. Tetapi saya pandang dari sudut positif. 

“Saya tengok komen mana yang lebih banyak, positif atau negatif. Ternyata lebih banyak komen positif daripada negatif,” ujarnya. 

Bercerita mengenai drama Rampas Cintaku yang mendapat sambutan ramai, kata Afieq pada mulanya dia sudah sedia untuk dikecam kerana membawakan watak sebagai anak ikan. 

“Saya bersyukur dan gembira drama ini mendapat sambutan. Saya sudah sedia untuk dikecam sebenarnya. 

“Tetapi Alhamdulillah bila saya keluar, tak ada pun orang yang marah. Mak cik, Mak cik pun suka. Mereka cakap tengok Rizal (watak Afieq dalam Rampas Cintaku). 

“Pada mulanya saya ingat drama ini hanya akan dapat tontonan sebanyak 10 juta. Tetapi tak sangka selepas itu jumlah tontonan naik kepada 60 juta dan seterusnya 100 juta,” kongsinya. 

Kongsi Afieq lagi, selepas drama itu mendapat perhatian ramai, dia turut dihujani dengan pelbagai tawaran lakonan namun terpaksa menolak kerana jadual nyanyiannya sangat padat.

“Saya rasa buat masa ini saya mahu tumpukan kepada karier nyanyian. Bukan bermaksud saya dah tak mahu berlakon. Tetapi sebagai penyanyi kadang-kadang kita ada ‘last minute show’. 

“Jadi, kalau boleh tak mahu susahkan pihak produksi andai saya tak dapat nak bahagikan masa antara lakonan dan nyanyian. Saya bukan pelakon yang sekadar berlakon sebab nak ambil ‘job’. 

Dalam perkembangan lain, tak lama lagi Afieq akan muncul dengan lagu barunya sendiri yang dijangka akan menjadi OST untuk sebuah drama. – Getaran, 28 Disember 2022.

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 1 hari yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

Pasangan itu disahkan bercerai enam bulan lalu dalam perkongsian di akaun Instagram Reen Emran

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

Bakal berlangsung pada 25 Mei ini, konsert adalah eksklusif untuk ahli Kad Genting Rewards

oleh Rahayu MN

Selebriti 11 jam yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

oleh Wartawan Hiburan Getaran