web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chef Wan Terpaksa Buat Pembedahan Lutut Supaya Dapat Berjalan Semula, Untung Ada Insuran Perubatan 

“Ia hanyalah prosedur kecil dan prosedur ini dapat membantu merawat semula lutut saya supaya ia lebih berfungsi dengan baik untuk saya berjalan semula di masa hadapan,” kata Chef Wan. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 2:00PM

Chef Wan menjalani prosedur kecil di sebuah hospital swasta untuk merawat masalah lututnya. - Gambar Instagram Chef Wan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas sekian lama mengalami sakit lutut dan bahu kiri frozen, akhirnya selebriti Chef, Datuk Chef Redzuawan Ismail atau Chef Wan telah menjalani pembedahan Anesthetic - Platelet-Rich Plasma (PRP) untuk merawat kedua-dua penyakitnya itu di Hospital Gleneagles, petang semalam. 

Dalam hantaran yang dimuat naik di media sosialnya, Chef Wan yang kini berusia 64 tahun memberitahu, dia terpaksa bermalam di hospital tersebut dua hari untuk menjalani prosedur tersebut. 

“Ia hanyalah prosedur kecil dan prosedur ini dapat membantu merawat semula lutut saya supaya ia lebih berfungsi dengan baik untuk saya berjalan semula di masa hadapan. 

“Sejak saya terjatuh di Abu Dhabi, saya rasa sesuatu yang tidka selesa sewaktu berjalan atau berdiri lama-lama. 

“Dah tua pun, segalanya kering-kontang dalam tempurung tuh, macam peribu buta. Lagipun kit aini kuat merayap. Jadi, kuranglah gris (dalam tempurung lutut) tuh, dah kehausan,” katanya sambil berseloroh. 

Menurut Chef Wan lagi, memandangkan dia juga turut mengalami bahu kanan frozen setiap kali berbaring untuk tidur, doktor pakar tulangnya telah menasihatinya supaya membuat rawatan PRP sekaligus 

“Bukan prosedur yang murah. Tidak apalah, janji lepas nih boleh lari macam Tom Hank dalam filem Forest Gump,” katanya. 

Chef Wan juga mengakui bersyukur kerana mengambil insuran perubatan AIA dengan rakannya Laila Johari (bekas personaliti TV). 

“Semua kos rawatan dibayar mereka (AIA). Alhamdulillah. Sebab itu, penting ada insuran perubatan. Kos perubatan sekarang bukannya murah.

Apabila anda tidak sihat, anda mahu pastikan, kesihatan anda diutamakan dahulu dan anda berasa selesa. Terima kasih di atas segala ucapan yang baik dan doa untuk saya,” katanya yang ditempatkan di sebuah bilik peribadi eksklusif bernama Hibiscus Suite. 

Dalam perkembangan hantaran terbaharu, Chef Wan memberitahu, dia terpaksa menjalani prosedur selama dua jam di dalam MRI Chamber untuk memeriksa lutut dan bahunya. 

“Saya tidak suka dengan pengalaman itu kerana terpaksa mengambil masa yang lama diikuti dengan 10 XRAY yang sama. 

“Menjelang jam 9 malam, doktor Orthopedic saya, Dr D.S Zulkarnaen berkata, setelah mengkaji ujian MRI saya, beliau mendapati terdapat banyak otot lutut yang haus dan lusuh termasuk topi lutut saya yang telah beralih tempat. 

Walaupun dalam perbincangan awal kami, dia akan melakukan PRP tetapi sekarang apa yang perlu dilakukannya ialah mengeluarkan lebihan air dan sebaliknya menyuntik beberapa gel yang dipanggil H dan melihat bagaimana perkembangan dan peningkatannya  terlebih dahulu.Jadi kita akan buat suntikan PRP jika perlu masa lain.

Gambar Instagram Chef Wan
Gambar Instagram Chef Wan

“Ini bukan pembedahan tetapi hanya memasukkan jarum dan menletakkan gel di sekitar topi lutut sahaja. Kecuali jika ia dilakukan di bawah anestetik, jadi ia tidak sakit. 

Mereka baru sahaja menyuntik ubat tahan sakit ke dalam darah saya jadi dalam masa yang singkat saya akan menjalani prosedur ini dalam tempoh satu jam, kata doktor kepada saya malam tadi.

Menjelang esok saya akan kembali ke jalan-jalan cari makan lagi. Saya kira selama bertahun-tahun berkebun, sering jatuh, perjalanan membawa beg berat juga menyebabkan bahu saya sakit,” katanya lagi. 

Semoga cepat sembuh Chef Wan!  – Getaran, 22 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

 Cawangan Ke-10 Kafe Chef Wan Bakal Bertapak Di KLIA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 4 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...