web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Tampil Sebagai Pengulas Ramalan Cuaca Di Berita Perdana RTM, Malam Ini 

MET Malaysia telah  menerima kunjungan Datuk Sri Siti Nurhaliza sempena kerjasama strategik Cakna Cuaca inisiatif Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 5:53PM

Siti Nurhaliza akan menyampaikan laporan cuaca di Berita Perdana malam ini. - Gambar dari Instagram Met Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bayangkan perasaan anda jika penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tiba-tiba muncul sebagai pengulas ramalan cuaca pada saat cuaca yang tidak menentu? Pasti ia suatu kejutan menarik bukan? 

Kalau anda ingin  melihat Siti beraksi sebagai pengulas ramalan cuaca, anda harus tonton slot laporan cuaca dalam Berita Wilayah jam 5.00 petang dan Berita Perdana, jam 8.00 malam ini dalam saluran berita RTM.

Menurut kenyataan Jabatan Metrologi Malaysia (MET Malaysi)a yang berada di bawah NRECC, mereka telah menerima kunjungan Datuk Sri Siti Nurhaliza sempena kerjasama strategik Cakna Cuaca inisiatif Datuk Seri Ir Dr Zaini bin Ujang.

“Kehadiran mereka diraikan oleh Ketua Pengarah MET Malaysia Muhammad Helmi Abdullah, dan seluruh Warga Bahagian Meteorologi Malaysia.

“Jangan lupa saksikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan laporan cuaca dalam Berita Wilayah 5.00 petang dan Berita Perdana 8.00 malam ini,” kata kenyataan itu.

Kali terakhir Siti tampil sebagai pembaca berita adalah pada tahun 2014.

Penampilan Siti di Bilik Berita Astro AWANI pada ketika itu sebenarnya sebagai jemputan khas dalam segmen Agenda AWANI. - Getaran, 21 Disember 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...