web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Reese Witherspoon, Ashton Kutcher Raikan Kemenangan Argentina Sebagai Juara Piala Dunia 2022 

Rata-rata selebriti terkenal dunia menyifatkan bahawa perlawanan akhir Piala Dunia Argentina menentang Perancis ini sebagai hebat dan menarik. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 4:00PM

Reese Witherspoon, Ashton Kutcher dan Camila Morrone - Gambar Instagram dan Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wah! Malam tadi adalah perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 yang penuh mendebarkan di antara Argentina dan Perancis. 

Awalnya, Argentina mendahului dengan dua gol pada perlawanan separuh masa pertama dan Perancis kemudian bangkit dengan dua gol pada separuh masa kedua, sebelum kedua-dua pasukan menyamakan kedudukan 3-3. 

Perlawanan selama 90 minit ini terutama pada separuh masa kedua cukup mendebarkan dan penuh dengan emosi. Kedudukan seri 3-3, memaksa kedua-dua pasukan beraksi pada masa tambahan selama 30 minit. 

Kedua-dua pasukan berhempas pulas untuk menyerang dan bertahan. Tapi, tidak satu pun yang berjaya melepasi gawang gol pihak lawan. 

Akhirnya perlawanan ini terpaksa ditentukan oleh tendangan penalti yang menyaksikan Argentina muncul sebagai Juara Piala Dunia 2022 menewaskan Perancis dengan tendangan gol 4-2. 

Satu perlawanan akhir yang cukup hebat dalam sejarah Piala Dunia. Argentina berjaya menamatkan kemarau 36 tahun selepas kali terakhir bergelar juara pada 1986. 

Kemenangan Argentina turut disambut dengan kegembiraan oleh beberapa selebriti terkenal dunia. 

Aktor Ashton Kutcher, 44, yang telah memuat naik gambarnya memakai baju jersey pasukan Argentina dengan kapsyen: “For Messi..” 

Aktres Zoe Saldana pula tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dengan kemenangan Argentina. 

Dia menulis kapsyen: “ARGENNTINAAAAAA #worldcup2022 

Tangkapan layar Instastory
Tangkapan layar Instastory

Bahkan, Zoe turut memuat naik gambar selautan penyokong Argentina bersama bendera negara itu menerusi instagramnya yang mempunyai pengikut sejumlah 9.1 juta orang. 

Tangkapan layar Instastory
Tangkapan layar Instastory

Tak hanya itu, ibu kepada tiga anak ini juga menyertakan gambar Lionel Messi sebagai antara pemain bola sepak hebat dunia. Messi yang juga ketua pasukan Argentina telah meraih rekod tujuh anugerah Ballon d’ Or dan enam rekod Kasut Emas Eropah. 

Model Argentina-Amerika, Camila Morrone yang juga teman wanita kepada aktor Leonardo Di Caprio pula memuatnaik gambarnya sedang meraikan kemenangan pasukannya sewaktu berada di belakang kereta.

Dia juga tidak dapat menahan daripada menjerit kegembiraan apabila trofi FIFA Piala Dunia 2022 kali ini menjadi milik Argentina. 

Aktres Reese Witherspoon juga adalah penyokong Argentina. Dia dilihat mengigit kukunya sewaktu menyaksikan perlawanan akhir ini dalam sebuah video yang dimuat naik di instagramnya.

Tangkapan layar Instastory
Tangkapan layar Instastory

Selepas Messi berjaya memasukkan gol ketiga Argentina pada masa tambahan dalam perlawanan utama 90 minit, Reese telah berkongsi klip bintang bola sepak terkenal itu yang dilihat telah mengangkat jersinya dengan penuh kegembiraan. 

Reese menulis: “Wow, Ayuh @leomessi”. Ibu kepada tiga anak ini kemudian menambah: Tahniah Argentina pada hujung video apabila Argentina dijulang sebagai juara. 

Tangkapan layar Instastory
Tangkapan layar Instastory

Sementara itu, Snoop Dogg menerusi Twitternya tidak dapat menyembunyikan rasa seronoknya dengan perlawanan akhir yang disaksikannya itu. 

“'GM! What a game,” tulisnya.

LeBron James pula menulis: “'WOW!!!!!!!! MBAPPE'”

Tapi kemudian, LeBron memuatnaik ucapan tahniah buat Argentina dengan kapsyen: “Messi” beserta emoji tepuk tangan.  

Reaksi Ryan Reynolds pula: OhTuhanku, #FIFAWorldCup. Perlawanan ini sangat hebat, penuh sumpahan. Saya sangat menyukainya, hentikannya. 

Ryan sendiri mempunyai pasukan bola sepaknya iaitu Wrexham AFC yang diuruskannya bersama rakan kongsinya, Rob McElhenney. 

Sementara Hugh Jackman pula menulis di Twitternya: “Perlawanan @FIFAWordlCup penuh sensasi. Dengan usaha dan kekuatan kedua-dua pasukan. #AgentinaVSFrance #WorldCupFinal.  – Getaran, 19 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 13 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

2

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 13 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN