web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FIFPRO Gesa Kerajaan Iran Hapuskan Hukuman Mati Ke Atas Pemain Bola Sepak, Amir Nasr-Azadani 

Amir Nasr-Azadani menghadapi hukuman mati di Iran selepas berkempen untuk hak-hak wanita di tengah-tengah bantahan anti kerajaan berikutan kematian gadis bernama Mahsa Amini.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 7:18PM

Amir Nasr-Azadani - Gambar dari Twitter @FIFPRO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persekutuan Pemain Bola Sepak Profesional Antarabangsa (FIFPRO) terkejut apabila mendapat tahu bahawa pemain Amir Nasr-Azadani menghadapi hukuman mati di Iran selepas berkempen untuk hak-hak wanita di tengah-tengah bantahan anti kerajaan berikutan kematian gadis bernama Mahsa Amini.

Mesej FIFPRO itu disampaikan menerusi akaun Twitter mereka dan menggesa kerajaan Iran supaya membatalkan hukuman mati terhadap pemain berusia 22 tahun itu yang beraksi di bawah legenda Welsh, John Toshack di Tractor Sazi.

"FIFPRO terkejut dengan laporan bahawa pemain bola sepak profesional Amir Nasr-Azadani menghadapi hukuman mati di Iran selepas berkempen untuk hak wanita dan kebebasan asasi di negaranya.

"Kami berdiri teguh bersama Amir dan menggesa penghapusan segera hukumannya,” kata FIFPRO dalam mesej tersebut. 

Terdapat protes anti kerajaan yang meluas di Iran selepas kematian Mahsa Amini, 22 tahun, yang meninggal dunia dalam tahanan pada September setelah didakwa gagal mematuhi kod pakaian Islam negara itu.

Bahkan, pada Isnin lalu, republik itu menggantung seorang lelaki di khalayak ramai.

Menurut laporan media, kerajaan telah mensabitkan hukuman itu kerana kesalahan lelaki itu membunuh dua anggota pasukan keselamatan. 

Ia adalah hukuman mati kedua dalam tempoh kurang seminggu ke atas mereka yang terlibat dalam protes terhadap teokrasi pemerintah Iran. - Getaran, 13 Disember 2022 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN