web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Bukan ‘Try Hard’ Nak Jadi Dewasa - Qistina Raisah

Terdapat juga cakap-cakap yang tidak manis didengar seolah-olah Qistina terlalu mencuba untuk berpenampilan sebagai seorang dewasa.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 2:00PM

Qistina Raisah - Gambar dari Instagram

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru berusia 14 tahun, namun pelbagai kecaman sudah diterima pelakon cilik Qistina Raisah bermula daripada cara berpakaian, penampilan sehinggalah dengan siapa dia berkawan. 

Sudah lama merasakan hidupnya tiada privasi setelah bergelar artis sejak kecil, gadis kelahiran Shah Alam, Selangor ini bagaimanapun sudah lali dengan cakap-cakap kurang senang warganet.

“Macam-macam orang kata tentang saya. Namun asalkan saya tak kacau orang dan buat salah, saya okay sahaja. Kadangkala saya dapat komen-komen ‘nakal’ daripada lelaki tentang bentuk tubuh badan saya. Komen begitu saya tidak suka. Jika melampau sangat saya akan tutup ruangan komen,” katanya ketika ditemui Getaran di ibu kota baru-baru ini. 

Qistina Raisah sudah lali dengan cakap-cakap kurang senang warganet mengenai penampilannya.
Qistina Raisah sudah lali dengan cakap-cakap kurang senang warganet mengenai penampilannya.

Bercakap mengenai tuduhan yang mengatakan pelakon itu menjalin hubungan cinta dengan jejaka berumur 21 tahun sehingga ada yang melabel lelaki itu sebagai pedofilia. Qistina bagaimanapun menegaskan mereka hanya berkawan. 

“Saya homeschooling. Jadi saya tidak mempunyai pengalaman berkawan atau ke kantin macam orang sebaya saya. 

“Bila ada seorang kawan sudah tentu saya gembira. Gambar yang tersebar itu pun bukan kami bersentuhan dan ibu akan teman setiap kali kami berjumpa.

 ''Saya dan ibu tidak pernah berenggang. Bila hal ini terjadi, kawan-kawan yang lain pun takut untuk mendekati,” tambahnya. 

Bukan itu sahaja, terdapat juga cakap-cakap yang tidak manis didengar seolah-olah Qistina terlalu mencuba untuk berpenampilan sebagai seorang dewasa.

“Ada juga yang cakap saya try hard sangat nak jadi seperti orang dewasa disebabkan saya bersolek dan sebagainya. Sebenarnya saya memang minat make up. Saya pula berkawan dengan artis dewasa jadi secara tidak langsung ia memang mempengaruhi saya,” katanya.

Terdahulu, Qistina menjadi tular apabila memuat naik gambar bersama seorang lelaki berusia 21 tahun dengan emoji berbentuk hati yang sekarang sudah digantikan dengan emoji kura-kura. - Getaran, 12 Disember 2022 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...