web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Farid Kamil Dibebaskan Dari Hukuman Penjara, Netizen Kaitkan Sebab Bawa Watak Anwar Ibrahim

Gara-gara terlepas dari hukuman penjara sembilan bulan, netizen membuat tanggapan pembebasan Farid Kamil adalah disebabkan dia melakonkan watak Anwar Ibrahim dalam filem terbarunya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 2:02PM

Farid Kamil dalam filem 'Anwar' - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam media melaporkan bahawa pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil telah terlepas hukuman penjara sembilan bulan dan hanya perlu membayar denda sebanyak RM5,000 kerana menggunakan dadah empat tahun lalu.

Disebabkan keputusan mahkamah ini, ramai netizen di media sosial membuat tanggapan bahawa pelakon filem Remp-It 2 itu terlepas hukuman penjara kerana dia telah melakonkan watak sebagai Anwar Ibrahim dalam filem terbarunya yang kini telah bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Malah keputusan mahkamah ini juga telah dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang cuba mengaitkan Farid Kamil dengan gabungan parti Pakatan Harapan gara-gara terlepas hukuman penjara. 

Tangkapan layar komen netizen
Tangkapan layar komen netizen

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir Farid selaku perayu bagi mengenepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2019.

Bagaimanapun, hakim telah mengekalkan dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan terhadap pelakon itu dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. 

Kamaludin dalam keputusan sebulat suara berkata mahkamah bersetuju dengan peguam perayu bahawa Mahkamah Majistret tidak konsisten dalam membuat pertimbangan ketika menjatuhkan hukuman terhadap Farid Kamil. 

Tiada penjelasan konkrit yang boleh menyatakan bahawa hukuman tersebut setimpal dengan kesalahan dilakukan pada masa itu dan tiada aspek pemberatan contohnya tiada kesalahan lampau atau sebagainya. – Getaran, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

2

Semasa 9 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

Video & Galeri 9 jam yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Ekonomi 13 jam yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 13 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN