Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nad Bukan Tidur Tak Bangun-Bangun, Tapi Ditidurkan Untuk Bantu Pulihkan Paru-Parunya – Ungku Ismail  

“Doktor bagi dua ubat. Satu ubat, supaya dia tidak boleh gerak. Satu lagi ubat tidur. Apabila dia diberikan dua jenis ubat ini, dia tidak akan sedar,” Ungku Ismail. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 12:10PM

Nad Zainal - Gambar dari Instagram 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sebelum ini Ungku Ismail memberitahu bahawa dia tidak akan berkongsi apa-apa lagi perkembangan tentang Nad Zainal ekoran kenyataanya telah disalahertikan dan terpesong kepada isu hubungan dan kerjaya, akhirnya pelakon ini mengalah.

Malam tadi, Ungku Ismail telah memuatnaik sebuah hantaran video berdurasi 10 minit untuk menceritakan mengenai perkembangan terkini rakan seperjuangannya itu. 

Tindakan itu dibuat selepas Ungku Ismail menerima beribu-ribu Direct Message (DM) yang memberikan sokongan buat dirinya supaya dia meneruskan usahanya untuk berkongsi perkembangan terkini Nad melalui media sosialnya. 

“Dalam ruangan komen, saya menyedari ada yang mendoakan Nad supaya cepat sedar, moga Nad sedar esok atau cepat bangun. 

“Nad Zainal bukannya tidak sedar secara tiba-tiba. Dia bukan koma secara tiba-tiba dan terus tak bangun-bangun. Tapi, dia sebenarnya, dia telah ditidurkan. 

“Doktor bagi dua ubat. Satu ubat, supaya dia tidak boleh gerak. Satu lagi ubat tidur. Apabila dia diberikan dua jenis  ubat ini, dia tidak akan sedar. 

“Dalam keadaan dia tidak sedar, doktor boleh lancarkan operasi atau melakukan apa sahaja prosedur untuk baik pulih badan dia terutama sekali paru-paru dia. Sementara itu, dia juga menggunakan intubator, supaya mendapat bekalan oksigen yang cukup. 

“Kalau doktor hentikan dua ubat nih, Nad Zainal pun bangun. Sebab, tidak ada apa-apa indikasi apa-apa yang menunjukkan dia perlu tidur. Kalau masuk dua ubat nih, dia akan tidur balik. 

“Tidak ada salahnya untuk semua orang berdoa sebegitu, tetapi pada waktu yang sama saya tidak mahu orang salah faham dan memikirkan bahawa Nad tidur sendiri dan tidak bangun-bangun,” katanya. 

Jelas Ungku Ismail lagi, setiap hari, ada perkembangan kecil tetapi sedikit-demi sedikit mengenai kondisi Nad, namun oksigen dan tekanan darah (BP) masih turun naik. 

“Dalam tiga hari lepas, doktor sudah kurangkan penggunaan kedua-dua ubat ini. Jadi, dia boleh sedar sikit, buka mata, dia boleh gerak tangan dia. 

“Masa awal-awal, dia panik bila melihat keadaan dirinya di dalam hospital. Tapi, dia kembali tenang selepas itu. 

“Nad juga masih di dalam ICU. Apabila dia berada di ICU, bermaknanya keadaannya masih kritikal. Jadi, kita semua tidak boleh terlalu gembira,” katanya lagi. 

Ungku Ismail dan Nad Zainal
Ungku Ismail dan Nad Zainal

Jelas Ungku Ismail lagi, apa dia semua harapkan ketika ini buat Nad Zainal adalah dua perkara. 

“Pertama, supaya paru-paru dia betul-betul sembuh. Kedua, doktor sudah boleh boleh cabut mesin pernafasannya. Sekarang dia masih lagi pakai intubator, tapi dalam setting yang rendah. 

“Kalau ia dicabut, konsidi Nad kena betul-betul sedia. Kalau cabut tapi keadaan paru-paru dia tak kuat lagi, itu bahaya. 

“Jadi, doktor sedang buat analisis setiap hari untuk memastikan keadaan paru-parunya kuat atau tidak. Selagi belum, selagi itulah intubator itu tidak akan dicabut,” katanya. 

Sambung Ungku Ismail lagi, selagi Nad Zainal masih bergantung kepada intubator itu, hatinya masih lagi tidak keruan. 

“Ibu bapanya, apatah lagi. Walaupun mereka nampak tenang dan relaks, tapi sudah tentu mereka risau dengan keadaan anak tunggal mereka. 

“Jadi, saya mohon sangat-sangat, supaya kita semua dapat pohon pada Allah SWT, supaya permudahkanlah urusan Nad dengan pengunaan intubator it dan memohon agar paru-parunya itu diberikan kesembuhan,” katanya. – Getaran, 30 November 2022 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 5 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN