web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penglibatan Farid Hanya Untuk Cari Makan, Harap Tidak Dipolitikkan - Diana Danielle

Kebanyakan pelakon mungkin menolak tawaran untuk terlibat dengan apa-apa filem berunsurkan politik kerana takut jika rezeki mereka ‘tersekat’ di kemudian hari.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 8:03PM

Diana Danielle dan Farid Kamil - Gambar Instagram Diana Danielle

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon yang juga isteri kepada Farid Kamil, Diana Danielle berharap penglibatan suaminya menjayakan watak tokoh politik Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sebuah filem tidak dipolitikkan.

“Sebagai pelakon, kita memang kena sentiasa mencari peluang. Saya nasihatkan untuk (Farid) teruskan. Bagi saya ini satu peluang memandangkan kita semua nak cari makan dan ada kerjaya yang gemilang. Ini adalah antara perjalanannya. Saya harap ia tidak dipolitikkan,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis tayangan perdana filem Remp-It 2 semalam.

Sepanjang melakonkan filem Anwar terbitan sebuah produksi Indonesia, Farid sangat tenang dan bijak menguruskan emosi sebagai seorang aktor walaupun membawa watak tokoh politik yang rencam.

“Farid seorang yang tenang. Jadi, saya tak nampak kesukaran dia. Tambahan pula, kalau perkara itu sukar sekalipun dia akan simpan sendiri dan hanya cakap sepatah dua. Mungkin lelaki memang begitu, hanya bercakap bila perlu.

“Saya bangga dengan dia sebab tidak mudah remuk jika berhadapan dengan situasi yang mencabar,” tambahnya. 

Kebanyakan pelakon mungkin menolak tawaran untuk terlibat dengan apa-apa filem berunsurkan politik kerana takut jika rezeki mereka ‘tersekat’ di kemudian hari. 

Berlainan dengan Diana, penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 itu merasakan situasi negara hari ini sudah lebih terbuka dalam meraikan kepelbagaian pendapat tanpa perlu menyekat kerjaya seseorang kerana mempunyai perbezaan pendapat. 

“Kita di zaman yang lebih selamat untuk suarakan pendapat. Itulah sebenarnya maksud demokrasi di mana kita boleh bebas dan berani memberikan pendapat walaupun benda itu bukan sesuatu yang orang boleh terima. Kalau tidak bersetuju pun, kita boleh menerimanya juga dengan cara demokrasi,” katanya.

Terdahulu, Farid Kamil menjalani penggambaran untuk sebuah filem biografi bertajuk Anwar terbitan produksi Indonesia, Bianglala Entertainment. Filem arahan Viva Westi itu mengangkat tentang perjuangan tokoh politik Malaysia menentang rasuah dari tahun 1993 hingga 1998. - Getaran, 22 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

2

Politik 2 tahun yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Minta Sokongan Rakyat Bantu Bawa Perubahan Aspek Tatakelola, Cegah Rasuah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...