web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najwa Latif Kini Bergelar Isteri Kepada Rapper Akwa, Kolaborasi Lagu Mereka Lahirkan Bibit Cinta

Hanya dengan sekali lafaz, Najwa sah menjadi milik rapper, Akwa yang juga seorang penulis lirik dan penyusun lagu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 10:44AM

Najwa Latif dan Akwa Ariffin selamat diijabkabul di sebuah hotel di Batu Pahat. - Gambar dari Instagram.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang juga komposer, Imratul Najwa Abdul Latiff atau Najwa Latif, 27, yang kini bergelar pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta telah selamat diijabkabulkan dengan penyanyi rap, Akwa Ariffin, 30, kira-kira jam 8.30 pagi. 

Hanya dengan sekali lafaz, Najwa sah menjadi milik Akwa yang juga seorang penulis lirik dan penyusun lagu. 

Majlis akad nikah Najwa dengan Akwa telah diadakan di sebuah hotel di Batu Pahat yang hanya dihadiri keluarga dan saudara-mara terdekat kedua-dua belah pihak. 

Mula berkolaborasi dengan lagu Tak Kisah Pun, diikuti dengan lagu Dua, pasangan raja sehari ini sepadan mengenakan busana rona putih sedondon ini telah setahun lebih menjalinkan hubungan cinta, 

Najwa turut memuat hantaran mengumumkan berita pernikahannya bersama Akwa itu dengan kapsyen: Alhamdulillah, kami dah grad bersama emoticon hati dan tanda pagar #wawaakwagrad 

Wow! Tak sangka ya…. Akhirnya projek kolaborasi mereka dengan dua lagu sebelum ini telah melahirkan bibit cinta buat pasangan ini sehingga mereka mengambil keputusan untuk menyatu sebagai pasangan hidup pula. 

Tahniah Najwa dan Akwa. Selanat melayari bahtera perkahwinan dan semoga hubungan mereka akan terus kekal bahagia hingga ke jannah.  – Getaran, 11 November 2022 

Jom layan lagu sweet mereka sebelum ini, “Tak Kisah Pun”. 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 18 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN