web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kepada Influencer, Jangan ‘Kekwat’ Boleh? - Norreen Iman

Norreen menegur sikap segelintir influencer yang sukar berurusan dengan pihak media, selain  meminta bayaran jika mahu ditemu ramah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 8:00PM

Norreen Iman mula mendapat perhatian apabila dipilih pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak sedikit pempengaruh media sosial perlahan-lahan menapakkan kaki ke industri hiburan tanah air baik bergelar penyanyi, mahupun pelakon.

Selebiriti TikTok Norreen Iman mula mendapat perhatian apabila dipilih pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin untuk membintangi drama terbarunya bertajuk Cina Buta.

Biarpun bergelar personaliti media sosial atau influencer dengan perwatakkan yang gila-gila. Namun apabila masuk ke dalam zon bekerja, Norreen cepat menyesuaikan diri dengan suasana dan siapa dia bekerja.

“Jadilah diri sendiri, tapi kena tengok juga keadaan sekeliling jangan sampai tidak sedar diri. Saya mula menapakkan diri saya di dalam industri pun bermula dengan gelaran sebagai pempengaruh.

“Saya di media sosial memang penuh dengan kata kesat. Tapi bila bekerja dalam bidang hiburan kita kena beradaptasi dengan keadaan sekeliling.

“Tak salah nak buat video tular tapi anda kena kenal persekitaran anda dan menyesuaikan diri dengan siapa anda bekerja,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media drama Cina Buta.

Bukan itu sahaja Norreen turut menegur sikap segelintir influencer yang meminta bayaran jika mahu ditemu ramah pihak media dan sukar berurusan.

“Kepada Influencer, jangan sombong boleh? Jangan bongkak takbur sebab awak baru nak naik.

“Saya tak janggal dengan keadaan begini (temu ramah). Ini bukan kerja yang saya perlu dibayar seolah-olah air liur saya sangat mahal. Jangan kekwat, sedar diri di mana anda bertapak,” katanya.

Bergandingan bersama Ungku Ismail Aziz, Nad Zainal dan Aliff Aziz menerusi Cina Buta. Norreen merasakan ia adalah pengalaman yang berharga buat perkembangan kariernya.

“Saya betul-betul nak bekerja dengan Abang Ijat. Saya DM dia di Instagram bertanya kalau saya ada peluang.

“Dalam Cina Buta saya diberi kepercayaan untuk membawakan watak komedi. Cuma ada beberapa babak yang watak saya akan jadi sedikit serius.

“Sesekali Abang Ijat akan menegur kerana sebagai pengarah sudah tentu dua mempunyai pandangan tersendiri. Apapun, saya seronok dapat bekerja dengannya” tambah Norreen.

Cina Buta mengisahkan tentang pasangan suami isteri Sharnaz dan Mia Sara yang asyik bergaduh sehingga bercerai kali ketiga.

Sharnaz yang masih menyayangi isterinya ingin melakukan apa sahaja asalkan mereka kembali bersama. Maka timbullah istilah Cina Buta yang menjadi inti kepada perjalanan drama ini.

Cina Buta akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis bermula 9 November, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) - Getaran, 9 NOvember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Awam Libatkan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tipu Duit Derma: SPRM Akan Mohon Perintah Reman Pasangan Pempengaruh

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 19 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN