web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


''Dia Sendiri Yang Pilih ‘Key’ Itu'' – Tok Ram Bidas Kenyataan Tom 

Pengarah muzik dan juri tetap GV9 tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataan Tom yang tersingkir di minggu ketujuh.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 4:19PM

Ramli MS - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda menonton konsert Gegar Vaganza musim kesembilan minggu ketujuh pasti anda semua sudah sedia maklum bahawa Tom telah tersingkir di minggu berkenaan.

Pada konsert minggu ketujuh itu, Tom menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti dari Anita Sarawak.

Sewaktu sidang media, Tom memberitahu bahawa dia menyesal kerana tidak menyanyikan lagu berkenaan dengan ‘key’ yang lebih tinggi kerana Datuk Ramli MS memintanya supaya menyanyikan lagu berkenaan dengan ‘key’ asal yang disifatkan Tom sebagai bukan mengikut ‘range’ suaranya. 

Disebabkan kenyataan Tom itu,  Datuk Ramli atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram telah diserang oleh netizen yang tidak berpuas hati dengannya.

Sewaktu sidang media di konsert minggu kelapan, Tok Ram tampil untuk memberikan penjelasan tentang apa yang sebenarnya telah terjadi pada minggu itu. 

Gambar ihsan Astro/AzrulRafie
Gambar ihsan Astro/AzrulRafie

“Bukan saya yang nak ‘key’ itu. Mula-mula dia nak naik satu ‘key’ iaitu B Minor. Bila dia minta untuk naikkan ‘key’ lagi’, saya ada beritahu dia kalau dia mahukan nada yang lebih tinggi, dia perlukan tenaga yang lebih. 

“Saya beritahu dia masalahnya di sini bukan pasal ‘key’. Tetapi, stamina dia selalu turun. Saya bagi B Minor pun macam itu, saya bagi A Minor pun macam tu juga.

“Bila gunakan B Minor, kemungkinan untuk stamina itu menurun adalah lebih banyak kerana dia perlukan tenaga yang banyak untuk ‘key’ yang lebih tinggi. 

“Sewaktu sesi raptai, saya cakap tak sesuai guna ‘key’ tu. Jadi dia pilih ‘key’ yang rendah. Kemudian pada hari Ahad, saya nampak nyanyiannya tidak stabil apabila ditukarkan kepada ‘key’ yang rendah. 

“Jadi saya beritahu pengurusnya iaitu Aalan supaya pilih ‘key’ yang tinggi itu supaya dia selesa dan yakin di atas pentas. 

“Tetapi mereka pilih ‘key’ A Minor. Saya tak suruh dia pilih A Minor. Sebaliknya saya nasihatkan dia ambil B Minor. Tapi saya dah jelaskan kesan kalau ambil dua-dua ‘key’ tu.

“Ini bukan masalah  ‘key’. Tapi, dia yang salah. Dia selalu menyanyi di bawah ‘pitch’. Jadi tiada istilah yang saya menyuruh dia buat itu, buat ini,” katanya. 

Tom ketika membuat persembahan pada GV minggu ke-7.
Tom ketika membuat persembahan pada GV minggu ke-7.

Tambah juri tetap GV9 ini lagi, sebagai seorang pengarah muzik, dia sentiasa memberikan nasihat kepada penyanyi tetapi tidak semestinya nasihat yang diberikan itu perlu diikut sepenuhnya. – Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Tom Menangis Kegembiraan, Norman Hakim Pula Berduka Kehilangan Bapa

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 : COEX Dapat Markah Tercorot, Namun Terselamat Kerana Tiada Penyingkiran, Tok Ram Suruh Berlatih 100 Hari

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aidilfitri Pertama Bergelar Suami Isteri - Tom Teruja Beraya di Singapura, Kembali Bersatu Dengan Anak Semula 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Ingin Bersama Tom Sampai Keluar Uban Saya, Sampai Akhir Hayat – Fuad Rahman

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu