web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bintang K-pop Lee Jihan, Mati Pada Usia 24 Tahun Dalam Tragedi Halloween Itaewon

Pemuzik merangkap pelakon itu pernah muncul dalam siri pertandingan kumpulan lelaki popular 'Produce 101' pada 2017 dan membintangi drama Korea 'Today Was Another Namhyun Day' pada 2019.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 9:21PM

Lee Jihan meninggal dunia pada usia 24 tahun - Gambar Instagram Lee Jihan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi-pelakon Lee Jihan adalah antara mangsa yang terkorban dalam tragedi Halloween Itaewon di Seoul, Korea Selatan. 

Dua agensi yang mewakili Lee Jihan iaitu 935 Entertainment dan 9Ato Entertainment telah mengesahkan berita itu semalam.  Lee Jihan meninggal dunia pada usia 24 tahun. 

Dilahirkan pada 3 Ogos 1998, Lee Jihan memulakan penglibatan pertamanya dalam industri hiburan Korea sewaktu bersaing dalam musim kedua pertandingan nyanyian Korea, Produce 101 yang mana seramai 101 orang bakat K-pop telah dipilih untuk bersaing sesama  mereka bagi menempatkan diri dalam 11 anggota kumpulan lelaki yang bakal dibentuk. 

Bekas peserta Produce 101 iaitu Park Heeseok dan Kim Dohyun menzahirkan ucapan takziah dan berkongsi maklumat mengenai pengebumian bekas rakan seperjuangan seni mereka itu menerusi Instagram Stories.

Selepas Produce 101, Lee menceburi bidang lakonan dan membintangi drama 'Today Was Another Namhyun Day' pada 2019. 

Lee Jihan adalah antara 153 mangsa yang mati akibat tragedi Halloween Itaewon. Tragedi kematian itu tercetus akibat puluhan ribu orang yang bersesak-sesak untuk meraikan perayaan tersebut dan kebanyakan mangsa terdiri daripada remaja berusia belasan tahun dan 20-an. 

Susulan daripada itu, pihak kerajaan Korea telah mengumumkan Hari Berkabung Kebangsaan pada 5 November ini. Semua acara hiburan dan pelancaran single K-pop terbaharu terpaksa dibatalkan atau ditunda.

Artis seperti PSY, ENHYPEN dan ramai lagi turut mengucapkan takziah. – Getaran, 31 Oktober 2022 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 11 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN