web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tawarkan Diri Berlakon Dalam Filem Talbis Iblis - Zul Ariffin 

Zul berkata, sebaik sahaja mendapat tahu tentang projek filem itu, dia tidak dapat menahan diri untuk terlibat sama. 

Selebriti · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 9:46PM

Zul Ariffin sebagai Nasir dalam filem Talbis Iblis . - Gambar dari Twitter Filem Kita

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor layar perak terlaris, Zul Ariffin mendedahkan bahawa dia telah menawarkan diri untuk berlakon dalam filem Talbis Iblis yang ketika ini sedang ditayangkan di seluruh panggung Malaysia. 

Pendedahan itu dibuat menerusi wawancara bersama sebuah stesen radio Inggeris tempatan iaitu Hitz.FM baru-baru ini. 

Sewaktu disoal tentang titik awal penglibatannya dalam filem arahan Kabir Bhatia ini, Zul berkata, sebaik sahaja mendapat tahu tentang projek filem itu, dia tidak dapat menahan diri untuk terlibat sama. 

“Bila saya dapat tahu pengarahnya adalah Kabir Bhatia serta nama-nama barisan pelakonnya, saya beritahu pihak Infinitus Gold iaitu Gayatri Su-Lin Pillai bahawa saya mahu berlakon dalam filem ini. 

“Kalau hendak diikutkan watak Nasir memang tidak wujud di dalam filem. Tapi, disebabkan saya tawarkan diri, mereka buat penambahan pada skrip ini. Sebab itulah, watak saya di dalam filem ini tidak besar mana,” katanya. 

Antara babak dalam filem Talbis Iblis.
Antara babak dalam filem Talbis Iblis.

Jelas Zul Ariffin lagi, bagi memberikan impak terhadap wataknya itu yang menjadi pembantu kepada kepada bidan Mak Ju lakonan Nasha Aziz, dia telah mengambil keputusan untuk mengubah penampilan diri serta membotakkan kepalanya. 

“Kalau saya tidak buat begitu, mungkin orang tidak akan sedar dengan watak Nasir ini. Seperti yang saya katakan tadi, watak ini terlalu kecil,” katanya. 

Zul menghadiri wawancara tersebut bersama Azira Shafinaz yang memegang watak utama sebagai Hajar dalam Talbis Iblis. 

Ditanya, adakah dia berhadapan dengan perkara yang menyeramkan sewaktu menjayakan filem tersebut, Zul memberitahu tiada. 

“Malah, sebuah mantera yang perlu saya, Azira dan Nasha bacakan bersama juga saya tidak baca. Saya serahkan pada Azira untuk melakukannya. Saya sengaja berbuat demikian kerana tidak mahu mengundang benda-benda yang bukan-bukan,” katanya. 

Selain Zul Ariffin dan Nasha Aziz dan Azira Shafinaz, filem ini turut dijayakan pelakon hebat tempatan seperti Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Izzy Reef, Daniella Sya, Zaftfarrel Mikhael Felton dan Putri Syahadah Nurjannah.

Filem terbitan bersama Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment ini juga merupakan kemunculan semula Nasha Aziz di layar perak setelah sekian lama. 

Talbis Iblis mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri. – Getaran, 21 Oktober 2022 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN