web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cun Melecun di Usia 49 Tahun, Syafinaz Minum 2 Gelas Air Lepas Bangun Tidur

Selain amalan minum dua gelas air selepas bangun tidur, Syafinaz juga menitik berat penjagaan kulit memandangkan dia memiliki kulit yang sensitif.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 4:04PM

Syafinaz Selamat - Gambar dari Instagram

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Dia ini vampire ke? Macam tak tua je Syafinaz ni”.

Demikian antara seloroh yang dikongsikan warganet di laman sosial sebaik sahaja Datuk Syafinaz Selamat muncul di kaca televisyen semasa siaran program Gegar Vaganza (GV). 

Mana tidaknya, biarpun sudah mencecah umur 49 tahun, namun Syafinaz masih cantik bertubuh langsing tanpa kedutan di wajah seperti anak dara pada usia 20-an. 

Syafinaz ketika ditemui Getaran di majlis pelancaran Kira Detik Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa tidak lokek berkongsi tips penjagaan wajah agar tetap awet muda.

“Saya memang menjaga kulit wajah dan badan dengan tekun sejak berumur 16 tahun lagi. Kulit saya sebenarnya sensitif. Jadi saya telah laburkan banyak wang dan masa untuk pastikan kulit sihat untuk orang berusia seperti saya. 

“Kalau nak tanya tip, saya suka pakai mask di wajah. Saya ada lebih sepuluh mask tak kisahlah harganya murah atau mahal. Sehari saya akan pakai dalam dua mask. Hydrating sangat penting. Selain itu saya amalkan minum air masak dua gelas setiap kali bangun tidur dari dulu sampailah sekarang,” dedah Syafinaz. 

Tidak hanya wajahnya yang mendapat pujian, fesyen serta penampilannya juga sering mendapat perhatian warganet.

Syafinaz dilihat berani menyarungkan busana dengan rona yang menyerlah di samping tidak kekok menggayakan aksesori yang berbeza setiap minggu di konsert Gegar Vaganza.

“Zaman ini  orang lebih cenderung bermain dengan gaya solekan. Tidak salahnya saya mencuba asalkan ia tidak keterlaluan. Sekadar terlihat moden dan sedikit muda. 

“Tentang penampilan di GV, saya dan pasukan akan berbincang untuk berikan look bagaimana setiap minggu. Kami sudah 10 tahun bekerjasama, jadi masing-masing tiada masalah untuk berbincang. Kadang saya berikan look inspirasi yang saya jumpa di pinterest. 

“Kalau dulu 90 peratus baju yang saya pakai adalah baju saya sendiri. Tapi berat badan saya dah naik, banyak baju saya tak muat jadi saya bekerja dengan stylist. Mudah.

“Sejujurnya, kalau buat sendiri saya malas. Kebiasaannya saya hanya berbedak, maskara, dan oles lip gloss untuk elak orang ingat saya sakit,” katanya sambil ketawa. - Getaran, 19 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...