Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


PU Syed Mohon Maaf Pada Caprice Kerana Mengaitkan Aurat Isteri Dalam Hantarannya Di Media Sosial

Kata PU Syed dalam kenyataannya, permohonan maaf ini bukanlah dibuat kerana Caprice akan mendedahkan rahsia tentang dirinya.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 8:46PM

Caprice (kanan) dan PU Syed - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendakwah selebriti, PU Syed telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi rap yang juga pempengaruh media sosial terkenal, Caprice.

Ini susulan daripada tindakannya yang cuba  mengaitkan isteri Caprice dengan penampilannya  yang tidak menutup aurat,  gara-gara tidak berpuas hati dengan rapper tersebut  yang cuna mempersoalkan kenapa pendakwah selebriti di Malaysia tidak membuat ulasan tentang rakan mereka  yang dikaitkan dengan kes amang seksual. 

Selepas kenyataan itu dibuat, Caprice telah meminta PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak untuk membuat permohonan maaf atau dia akan mendedahkan rahsia PU Syed kepada umum.  

"Permohonan maaf kepada saudara Caprice dan isteri. 

"Saya dengan ini akan menurunkan catatan yang mana di dalamnya ada menyentuh isu aurat isteri saudara Caprice dan memohon maaf jika di sana ada unsur-unsur negatif dan mengganggu kehidupan saudara Caprice dan isteri. 

"Dalam masa yang sama saya masih berharap agar sesuatu kes yang sedang berjalan di mahkamah tidaklah diulas lagi dan jika wujud bukti-bukti baharu  melibatkan sesiapa pun, sila hadapkan ke muka pengadilan," tulisnya. 

Dalam kenyataan yang difungsikannya itu lagi, dia memberitahu bahawa permohonan maaf yang dibuat tiada kena mengena rahsia yang dinyatakan Caprice. 

"Isu tentang diri saya yang Caprice cuba dedahkan, terpulang kepada saudara untuk terus dedahkan atau tidak. 

“Permohonan maaf ini bukanlah bermakna saya nak pihak Caprice membatalkan hasrat pendedahan tersebut jika benar wujud dan melanggar batas syarak dan undang-undang negara.  Kepada Allah sajalah kita serahkan baik dan buruknya. Insya Allah. 

Kepada netizen terima kasih atas komentar berbaur kejian dan fitnah. Semoga kita semua akan beroleh taufik dan hidayah dari Allah," tulisnya. 

Sementara itu, Caprice menerusi hantaran terbarunya di Instagram telah mengucapkan terima kasih kepada PU Syed dan telah memadam semua hantaran mengenai PU Syed. – Getaran, 14 Oktober 2022 

"Insya Allah, pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk PU dan ustaz-ustaz di luar sana jumpa saya dan mangsa-mangsa kes-kes yang sangat kejam yang boleh rosakkan umat Islam di Malaysia. 

Saya harap kita boleh sama-sama duduk semeja minum kopi dan rapatkan saf daripada nak bermusuh," tulisnya di bahagian kapsyen. - Getaran, 14 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Gara-Gara Ancaman ‘Pulas Telinga’, Caprice Gagal Ulas Isu Alif Teega

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Sebutan Semula Kes Bekas Tentera Bunuh Isteri 22 Januari 2024

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran

Selebriti 4 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Muzik 18 minit yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri