web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tak Boleh Komen Tentang Kontroversi Melanda Dolla - Azira Shafinaz

Azira juga bakal muncul dengan siri komedi romantik ‘Ijab Kabut’ yang akan mula ditayangkan pada 13 Oktober di platform penstriman Viu bersama Iedil Putra dan Fadlan Hazim.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 8:00PM

Azira tidak mahu memberi komen kerana Dolla juga adalah teman seperjuangan dalam satu industri. - Gambar dari Instagram Azira Shafinaz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anggota kumpulan De Fam yang juga seorang pelakon, Azira Shafinaz mengakui tidak boleh memberikan komen tentang isu kumpulan Dolla kerana tiada kena mengena dengan kontroversi yang melanda mereka.

Ini berikutan ada ramai pihak yang membandingkan kumpulan Dolla dengan De Fam dari segi penampilan diri dan cara berpakaian.

Netizen meminta supaya kumpulan Dolla mengikut imej kumpulan De Fam yang tidak seksi. 

Menurut Azira Shafinaz, 31, tidak elok untuknya memberikan sebarang komen tentang isu yang melanda kumpulan Dolla kerana mereka juga adalah teman seperjuangan dalam satu industri.

“Saya tak boleh komen tentang perkara itu kerana ia tiada kena mengena dengan De Fam. Apa yang boleh saya katakan, De Fam mempunyai identiti tersendiri. Kita tak pernah nak jadi orang lain. Jadi saya rasa identiti adalah sangat penting. Cari identiti sendiri.

“De Fam memang sejak dari dulu lagi, sangat berjaga-jaga. Contohnya nak pakai baju apa pun, kami akan kongsi pendapat masing-masing. Begitu juga dengan lagu dan visual. Jadi saya rasa kombinasi pendapat juga sangat penting.

“Jadi saya rasa kita tak boleh bandingkan satu sama lain. Sebagai manusia sudah semestinya kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Kita harus lalui apa yang kita telah lakukan dan belajar dari kesilapan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama terbaru Viu berjudul Ijab Kabut.

Namun kata Azira, jika boleh diberikan nasihat, dia mahu mereka terus kekal positif, jadi diri sendiri dan teruskan berjalan.

Azira bakal muncul dengan siri komedi romantik ‘Ijab Kabut’ yang akan mula ditayangkan pada 13 Oktober di platform penstriman Viu di mana dia digandingkan bersama Iedil Putra dan Fadlan Hazim. - Getaran, 12 Oktober 2022

 
 
 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN