web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanam Pokok Kongsi Dengan Jiran, Sangeeta Risau Krisis Alam Sekitar

Pelakon itu mengingatkan kita bakal berdepan krisis makanan jika penjagaan alam sekitar tidak diambil serius.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 4:03PM

Sangeeta Krishnasamy - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat kepada krisis alam sekitar yang melanda dunia, pelakon Sangeeta Krishnasamy berasa bertanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada umum melalui platform media sosialnya. 

Menerusi laman Instagram miliknya dengan lebih 200,000 pengikut, Sangeeta rajin mempromosikan gaya hidup sihat dan penjagaan alam sekitar. 

“Kita dah sampai ke tahap krisis alam sekitar. Lihatlah, kita mengalami banjir, ribut taufan serta lautan yang dipenuhi plastik.

“Bukan itu sahaja, beberapa tahun akan datang , jika kita tidak pelihara alam ini, kita akan kehilangan top soil yang membuatkan kita tidak dapat lagi menanam apa-apa tumbuhan. Kesannya, populasi dunia banyak namun makanan yang kita ada tinggal sedikit. 

“Sebagai pelakon yang mempunyai pengikut dan platform, saya berasa bertanggungjawab untuk memberi kesedaran demi generasi akan datang,” katanya ketika ditemui Getaran di Malaysia Veg Fest baru-baru ini. 

Bukan itu sahaja, Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-29 ini juga mendedahkan rajin menanam pokok dan tumbuhannya sendiri di rumah.

Dia juga tidak kedekut berkongsi pucuk atau benih tanamannya kepada jiran-jiran.

“Kawasan rumah saya tidaklah begitu luas. Namun cukup untuk saya menanam beberapa jenis tumbuh-tumbuhan seperti pokok pisang, pandan, dan kari.

“Saya ada pokok Moringa yang cukup besar. Pucuknya saya dermakan sedikit kepada jiran-jiran saya.

“Lagi pula, kita bakal berdepan inflasi. Jadi penting untuk kita tahu hasilkan makanan sendiri. Orang Asia ini dominannya memang darah petani. Cuma sekarang kita di bandar dan lupa bagaimana nak bercucuk tanam,” katanya lagi. 

Menjelang perayaan Deepavali ini. Sangeeta mengingatkan masyarakat agar merajinkan diri membawa beg sendiri untuk beli-belah bagi mengurangkan penggunaan plastik.

“Ramai yang sudah mula beli-belah untuk Deepavali. Nasihat saya bawalah beg sendiri. Kalau nak beli makanan atau minuman, belajarlah untuk membawa bekas makanan sendiri,” katanya. – Getaran, 12 Oktober 

 
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu