web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berani Mengaku Bersalah, Zul Ariffin Dipuji Netizen

Rata-rata netizen memuji keberanian aktor itu yang berani mengaku bersalah sedangkan pihak terlibat yang lain masih cuba menegakkan benang yang basah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 12:00PM

Zul Ariffin - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular, Zul Ariffin telah mengaku bersalah di atas kesalahan memuatnaik kandungan video bersifat sumbang menggunakan aplikasi Instagram miliknya, pada 18 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 233(3) akta sama. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merujuk kepada penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Zul atau nama sebenarnya  Zulkifli Ariffin, 36,  mengundang kontroversi selepas memuat naik video yang memaparkan ‘teaser’ adegan panas daripada drama ‘Perempuan Itu’ sebelum bertindak memadam hantaran tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi media sosial.

Namun selepas mengaku bersalah di mahkamah, ramai netizen yang memuji keberaniannya mengaku kesalahan yang dilakukan. 

“Tahniah Abang Zul. Berani mengaku salah dan tak salahkan orang lain. Mana ada manusia yang tak berdosa. Sama-sama kita perbaiki diri,” tulis salah seorang pengguna Instagram.

Selain itu netizen juga menitipkan pesanan kepada Zul agar dia lebih berhati-hati dan jadikan kes ini sebagai pengajaran. Mereka turut mempersoalkan kenapa pihak lain yang terlibat dalam pembikinan babak itu tidak turut sama dihadapkan ke muka pengadilan. 

Dalam perkembangan lain, Zul bakal muncul dengan telefilem berjudul Mandi Mayat yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada 8 Oktober ini. – Getaran, 5 Oktober 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN