web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nabil Ucap Terima Kasih Pada Danial, Sanggup Ganti Jadi Hos GV9, 4 Jam Sebelum Bersiaran

Dituduh merosakkan GV9, rakan selebriti tampil memberikan kata-kata semangat buat Danial Zain yang sanggup menggalas tanggungjawab besar itu di saat-saat akhir tanpa sebarang ‘rehearsal’. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 9:07PM

Nabil (kiri) dan Danial - Gambar ihsan Astro/AzrulRafie dan Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara konsert Gegar Vaganza musim kesembilan iaitu Nabil Ahmad mengucapkan terima kasih kepada pengacara gantiannya di minggu kedua iaitu Danial Zain.

Nabil tidak dapat bersiaran pada malam itu kerana telah terikat dengan jadual perlumbaan kereta bersama Toyota di Sepang.

“Adikku Danial, jazakallah (terima kasih, semoga Allah membalas kebaikanmu) sudi ganti saya di saat akhir. Anda telah lakukan tugas dengan hebat. 

“Jangan risau tentang apa kata orang. Kamu adalah yang terbaik dalam setiap apa yang kamu lakukan,” tulis Nabil di ruangan komen Instagram Danial.

Danial telah memuat naik satu hantaran di Instagram menjelaskan bahawa dia telah diminta untuk menggantikan Nabil sebagai pengacara GV9, empat jam sebelum bersiaran.

“Selesai tugasan bidan terjun saya di GV minggu yang kedua. Mohon maaf atas kekurangan diri ini. Itu yang termampu saya lakukan. 

“Dalam masa empat jam sebelum konsert bermula saya dimaklumkan untuk gantikan Nabil sebagai hos di GV9. 

“Tanpa sebarang ‘rehearsal’ hanya berpandukan skrip yang diberi untuk kendalikan rancangan sebesar GV9. 

“Durian tidak berbuah dalam masa sehari ditanam. Izinkan saya terus belajar. Yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari saya,” tulisnya. 

Selain Nabil, kelihatan ramai rakan selebriti yang memberikan kata-kata semangat kepadanya termasuk,  Elly Mazlein, Siti Elizad, Catriona Ross, Azza Elite, Fad Bocey, Usop, Roy Azman dan ramai lagi. 

Terdahulu, nama Danial menjadi hangat di media sosial akibat dikecam netizen kerana dikatakan gagal menggalas tugasan sebagai hos dengan baik sehingga menyebabkan konsert minggu kedua menjadi hambar. – Getaran, 29 September 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu