web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Saya Ibarat Badut Sarkas Di Terpaling Juara' – Ifa Raziah

Menurut Ifa, di awal perbincangan, dia dimaklumkan bahawa program itu tidak akan ada penyingkiran kerana cuma mempunyai enam orang peserta.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 8:47PM

Ifa Raziah - Gambar Instagram Ifa Raziah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti dan usahawan sensasi, Ifa Raziah merasakan dirinya diperlakukan ibarat badut sarkas dalam program 'Terpaling Juara' yang disiar di TV3.

Ini kerana menurut Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha pada peringkat perbincangan awal sebelum menyertai program itu, dia diberitahu bahawa tiada penyingkaran yang akan berlaku kerana hanya ada enam orang peserta yang bertanding. 

“Saya masuk pertandingan ini kerana diberitahu tiada penyingkiran. Pada minggu ketiga saya terkejut apabila diberitahu akan ada penyingkiran. Tetapi ketika itu saya masih boleh terima kerana minggu itu saya ada buat kesilapan seperti terpijak kain dan hilang fokus. 

“Sebenarnya ramai yang tidak tahu dua hari selepas menghadiri sidang media Terpaling Juara, saya positif COVID-19. Suara saya hilang, hanya pihak produksi yang tahu.

“Saya tak ada suara langsung nak menyanyi. Sampailah minggu keempat baru saya dapat suara saya semula. Tetapi, apabila saya kembali mendapat suara saya, saya disingkirkan,” katanya yang ditemui di majlis sambutan hari jadinya yang ke-47. 

Kata Ifa lagi, antara tujuan dia masuk pertandingan ini adalah kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang nyanyian dan ingin memberi ‘spotlight’ kepada program ini. 

“Kontroversi bersama guru vokal iaitu Syafiq Erwin juga sengaja saya cetuskan untuk beri ‘spotlight’ kepada rancangan itu. Tetapi orang tak tahu. 

“Konten apa lagi saya nak buat? Saya kena fikirkan konten setiap minggu untuk pastikan rancangan ini viral dan naikkan rating program ini. Itu adalah tugas saya,” katanya.

Ditanya adakah di terasa diri teraniaya dengan tindakan produksi yang membuat keputusan untuk menyingkirkannya, kata Ifa dia tiada hak untuk berkata seperti itu kerana ini adalah keputusan pihak atasan. 

“Bukan sasaran saya untuk memenangi wang RM100,000 kerana saya juga punya wang sebanyak itu. Rezeki saya di luar lebih luas lagi. 

“Saya percaya TV3 sendiri pun dah tahu siapa yang mereka mahu tabalkan sebagai juara. Saya ini diibaratkan seperti badut sarkas sahaja dalam program itu,” ujarnya.

Biarpun dihimpit dengan pelbagai kontroversi, namun kata Ifa dia masih belum serik untuk menyertai sebarang pertandingan.

“Saya tak serik sebab saya memang suka masuk pertandingan seperti ini. Saya dah lama tak keluar TV terutamanya TV3. 

“Kali terakhir saya masuk pertandingan sembilan tahun yang lalu iaitu Gegar Vaganza musim pertama. Bila ditawarkan untuk menyertai Terpaling Juara, sayalah orang yang paling teruja nak keluar TV untuk menyanyi. Kalau berlakon, muka saya dah biasa keluar di TV3. “Saya tak kisah pun andai tak jadi juara. Saya siap bagi cuti selama dua bulan kepada kakitangan Starvendors demi untuk fokus kepada program ini”, katanya.

Bersempena dengan sambutan hari lahirnya yang diraikan bersama peminat, teman rapat dan pihak media, Ifa turut mengumumkan bahawa karnival Starvendors akan menjelajah ke negeri Perak pada 28 hingga 30 Oktober nanti. Turut diumumkan 11 lokasi seluruh Malaysia yang akan dianjurkan pada tahun hadapan.

Pada malam sambutan hari jadi itu juga, Ifa telah menerima hadiah berupa set barang kemas dari suaminya yang bernilai RM100,010. – Getaran, 23 September 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Selamat Ulang Tahun Pak Lah

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kami Mohon Maaf, Insiden Itu Berlaku Tanpa Pengetahuan Pihak StarVendors – Ifa Raziah Ulas Isu Video Tidak Sopan Yang Viral 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Memang Suka 'Content' Yang Bangang – Ifa Raziah Komen Pasal Isu Tarian Gelek Dengan Aliff Syukri 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Ucap Terima Kasih Pengunjung Beri Sokongan Starvendors 2023

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.