web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemunculan Elly Mazlein Sebagai Pengacara 'Gegar Vaganza' Dipuji, Akui Berdebar Sebelum Bersiaran

Elly dilihat terlalu lincah dengan aksi spontan yang menggamatkan suasana sehingga tak terkawal oleh Nabil Ahmad.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 3:00PM

Elly Mazlein - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dirinya pernah berdiri di pentas Gegar Vaganza musim ketiga sebagai salah seorang peserta yang bertanding. Kali ini dia kembali ke pentas yang sama, namun bukan sebagai peserta tetapi sebagai pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Serentak itu, nama Elly Mazlein menjadi sebutan ramai sewaktu mengacarakan konsert pertama GV9 buat pertama kalinya bergandingan dengan Nabil Ahmad pada malam Ahad lalu.

Nabil Ahmad dan Elly Mazlein
Nabil Ahmad dan Elly Mazlein

Rata-rata penonton terhibur dengan aksi lincah dan spontan Elly yang dilihat benar-benar mampu menggamatkan suasana sehingga ‘tak terkawal’ oleh Nabil. 

Komen netizen dan peminat Gegar Vaganza
Komen netizen dan peminat Gegar Vaganza

Namun, di sebalik ‘kekecohan’ yang berlaku selama bersiaran langsung, ramai yang tidak tahu bahawa di dada Elly penuh dengan debaran sebelum naik ke pentas. 

“Alhamdulillah syukur. Yang paling saya risau adalah penerimaan orang. Tapi walau bagaimana pun, apabila saya diberikan satu tanggungjawab, saya akan cuba lakukan yang terbaik kerana ini adalah periuk nasi saya. 

“Memang tugasan ini sangat berat untuk saya kerana ramai yang sudah tahu momentum GV1 sehingga GV8. Sebelum in, orang dah tahu DNA GV adalah Nabil dan Jihan. Semua orang memang tertunggu-tunggu untuk menonton GV. 

“Sebelum konsert minggu pertama ini bersiaran, saya sangat-sangat berdebar sampai rasa macam nak pitam. 

“Rasa serba tak kena. Waktu bersolek saya tiba-tiba terdiam. Tetapi nasib baik Nabil banyak membantu saya,” katanya sewaktu ditemui di sidang media konsert pertama GV9. 

Katanya lagi, sebagai seorang bekas peserta GV, dia sangat memahami perasaan setiap peserta yang bertanding disebabkan itu dia menemani Hazrul Nizam ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi. 

“Saya memang nak teman Abang Hazrul sebab saya sendiri pernah rasa apa yang dirasainyai tu. Debaran dia lain macam. 

“Walaupun minggu pertama orang kata minggu baru nak panaskan badan, tetapi sebagai seorang bekas peserta GV, saya tahu macam mana perasaan berdiri di situ,” katanya yang mendapat tawaran mengacarakan GV sejak Februari lalu. 

Sebelum bermula GV9, ramai netizen yang bertanya sama ada Elly sudah berbaik dengan Datuk Ramli MS,  kerana dia dikatakan pernah berkecil hati dengan ketua juri itu sewaktu GV3 yang lalu. 

Kata Elly dia cuba bersikap profesional dan cuba melupakan perkara yang lalu.

“Takkanlah kita nak bermasam muka sampai bila-bila. Semua masalah ada jalan penyelesaian. Lagipun isu kami dahulu bukanlah isu yang besar. Kami pun dah bermaafan dan hubungan kami kini baik, dah boleh bergurau,” ujarnya.

Selain sibuk menjadi pengacara untuk GV9, Elly juga kini sedang menjalani penggambaran untuk drama 'Kampung People' musim ketiga. – Getaran, 20 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 17 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN