web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Bukan Duta Skim Perumahan Itu, Selebihnya Tunggu Jawapan Peguam – Noraniza Idris

Penyanyi itu enggan mengulas lanjut sebaliknya menyatakan sebuah kenyataan rasmi bakal dikeluarkan pihaknya melalui peguam dilantik.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 1:10PM

Noraniza Idris - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi, Noraniza Idris menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan dirinya adalah duta kepada sebuah skim perumahan khas untuk selebriti yang disyaki mempunyai unsur-unsur penipuan.

Menurut Noraniza yang mesra disapa sebagai Kak Ani, dia hanyalah Duta Pelancongan Seni dan Budaya dan bukannya duta kepada skim Rumahku Syurgaku seperti dinyatakan. 

Kebetulan, pengumuman itu dibuat dalam majlis yang sama skim berkenaan diumumkan anjuran sebuah syarikat pemaju.

Melalui skim Rumahku Syurgaku yang didakwa mempunyai unsur-unsur penipuan atau scam, penggiat seni dikatakan hanya perlu membayar RM10 untuk urusan penyerahan unit kediaman dengan harga RM500,00. Bukan itu sahaja, jika penggiat seni ingin mendapatkan rumah berharga RM1 juta, mereka hanya perlu membayar RM10,000.

“Niat asal mereka (pemaju hartanah) hanya nak bantu artis dengan RM10 tanpa melibatkan hal-hal kewangan yang lain. Apapun, saya selalu berpesan agar berhati-hati. Itu memang pesanan awal saya. Kalau tak ada rezeki, anggaplah kita sedekah macam beli jajan sahaja. Kita kena tengok prosedur selanjutnya. Tanpa paksaan. 

“Setakat ini, saya sudah panjangkan isu ini kepada peguam. Saya tak mahu terlibat apa-apa berkaitan isu ini. Jika ada pihak nak panjangkan isu ini, teruslah berurusan dengan syarikat pemaju itu. Ia tiada kaitan dengan urusan peribadi saya. Jangan kaitkan saya atau mana-mana artis dengan isu ini,” katanya ketika dihubungi Getaran. 

Penyanyi itu enggan mengulas lanjut sebaliknya menyatakan sebuah kenyataan rasmi bakal dikeluarkan pihaknya melalui peguam dilantik. 

Terdahulu, sekumpulan aktivis yang diketuai usahawan Mona Din dan peguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat membuat pendedahan  bahawa skim Rumahku Syurgaku yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat pemaju untuk penggiat seni Malaysia mempunyai unsur-unsur penipuan. 

Difahamkan 200 selebriti telah memohon skim berkenaan. - Getaran, 20 September 2022

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN