web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skim Rumah RM10 Selebriti, Noraniza Idris Sebagai Pemegang Amanah Mungkin ‘Scam’ - Aktivis Mona Din

Khairul Anwar yang menemani Mona Din memberitahu ada bayangan menunjukkan terdapat unsur penipuan dalam skim Rumahku Syurgaku untuk penggiat seni. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 4:32PM

Mona Din - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekumpulan aktivis yang diketuai usahawan Mona Din dan peguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat membuat peringatan secara terbuka kepada penggiat seni Malaysia agar tidak termakan dengan tawaran rumah yang kedengaran tidak masuk akal.

Mereka berkata demikian sewaktu mengulas mengenai tindakan dan modus operandi sebuah pemaju hartanah yang telah memperkenalkan skim Rumahku Syurgaku dengan menawarkan rumah berkos RM500,000 kepada penggiat seni atas nama tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Melalui skim ‘wakaf’ itu, penggiat seni hanya perlu membayar RM10 untuk urusan penyerahan unit kediaman dengan harga tersebut. Bukan itu sahaja, jika penggiat seni ingin mendapatkan rumah berharga RM1 juta, mereka hanya perlu membayar RM10,000.

“Saya telah meneliti berita yang dilaporkan beberapa akhbar tempatan beserta video klip yang menunjukkan artis veteran menangis kerana bakal dapat rumah.

“Saya dan rakan-rakan aktivis membuat semakan semula untuk mengenal pasti adakah tawaran yang dikenakan projek perubahan itu too good to be true,” kata Mona ketika ditemui Getaran di ibu negara hari ini. 

Turut hadir ialah Khairul Anwar Rahmat dan seorang lagi peguam, Mahmud Abdul Jumaat.

Pemaju hartanah itu telah  melantik penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris sebagai pemegang amanah skim Rumahku Syurgaku dalam sebuah majlis Jun lalu. Difahamkan 200 selebriti telah memohon skim berkenaan. 

“Saya juga telah menghubungi Noraniza Idris untuk mengetahui lebih lanjut tentang sebarang dokumen berkaitan projek ini, namun ditolak. 

“Kemudian, pertemuan antara saya dengan beberapa penggiat seni telah berlangsung pada 1 September lalu untuk berbincang lebih lanjut tentang kes tersebut. 

“Saya telah memberikan pandangan bahawa mungkin ada unsur scam dalam skim ini namun mereka menolak. Jadi, saya menghormati pandangan mereka,” katanya. 

Khairul Anwar Rahmat
Khairul Anwar Rahmat

Menurut peguam Khairul Anwar, ada bayangan yang boleh diperhatikan menunjukkan terdapat unsur penipuan dalam skim Rumahku Syurgaku untuk penggiat seni ini. 

“Jika kita  tengok, terdapat tawaran yang agar luar biasa diberikan iaitu bayar RM10 untuk dapat rumah RM500,000. Kemudian dia kata RM10 rumah itu dah habis, dia tawarkan rumah RM1 juta dengan syarat bayar RM10,000. 

“Bila dah ramai rasa terlepas untuk dapatkan rumah berharga RM500,000 itu, ramailah yang akan bayar RM10,000 untuk dapatkan rumah RM1 juta. Itu sudah ‘red flag’. 

“Seterusnya tempoh masa. Tidak ada pelaburan yang stabil oleh pihak syarikat. Yang ada hanyalah bon-bon yang palsu. Ia bon yang sama kita boleh beli di Shopee. Kita boleh simpulkan ini adalah ciri-ciri scammer melainkan ia dibuktikan sebaliknya,” tegas Khairul. 

Mereka berharap, para selebriti akan lebih berwaspada terhadap tawaran di samping menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan kerana ada kemungkinan deposit yang dikutip oleh syarikat pemaju tidak mendapat kelulusan Bank Negara. - Getaran, 19 September 2022 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...