web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Disuruh Diam Dan Jangan Buka Aib, Ibu Puteri Balqis Akhirnya Bersuara, Netizen Tolong Dengar! 

Kata ibu Puteri Balqis lagi, di mana keadilan buat dia dan anaknya yang menderita serta berdiam diri lebih 15 tahun apabila netizen bersuara: “kau kena diam”. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 8:01PM

Puteri Balqis dan ibunya, Norashikin - Gambar dari Instagram Puteri Balqis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendedahan berani mati pelakon cilik terkenal, Puteri Balqis tentang perilaku jijik bapa kandungnya sewaktu dirinya masih kecil menarik perhatian ramai netizen. 

Ramai yang tidak menyangka seorang pelakon kanak-kanak berbakat sepertinya rupa-rupanya hidup dalam ketakutan dan menjadi mangsa nafsu serakah darah daging sendiri.

Namun, walau ramai yang menzahirkan rasa kasihan dan simpati dengan nasib yang menimpa Puteri Balqis, ada juga netizen yang mengecamnya kerana dikatakan membuka aib bapa sendiri.

Puteri Balqis - Gambar dari Instagram
Puteri Balqis - Gambar dari Instagram

Menerusi beberapa hantaran yang dimuatnaik di Insta Story akaun Instagram Puteri Balqis, ibunya telah tampil bersuara.

Menurut ibunya, selama ini netizen hanya tahu menghentam dirinya serta anaknya tanpa ada belas kasihan. 

“Aib? Setiap kali viral tentang kami, anda ungkit cerita yang sama, scam (tipu) orang melalui rancangan Bersamamu. Walhal saya tolak empat kali. Adakah itu tidak mengaibkan saya? 

Beberapa hantaran yang dimuatnaik di Insta Story akaun Instagram Puteri Balqis.
Beberapa hantaran yang dimuatnaik di Insta Story akaun Instagram Puteri Balqis.

Setiap kali viral, saya dihina sebagai pengutip sampah, pengemis dan dapat anak sial lebih baik mati. Sedangkan ketika itu, saya masih berniaga kecil kecilan waktu itu. Di mana perikemanusiaan anda?

“Saya tidak mahu lagi anak saya menggunakan ayat ‘doakan kami yang baik-baik saja’. Kerana anda mengungkit setiap kebaikan yang dilakukan.

'‘Tu la waktu sakit, waktu susah suruh netizen doa!’. Cukuplah doa kami sahaja. Kami tidak memerlukan lagi doa-doa hipokrit,” tulisnya di Insta Story itu.

Ibu Puteri Balqis yang dikenali sebagai Norashikin turut mendedahkan perbuatan jijik bekas suaminya terhadap mereka dua beranak.

“Sewaktu kami dalam perjalanan ke Johor untuk penggambaran, saya dipaksa untuk lakukan seks oral oleh Azizi dalam keadaan anak saya berada di tempat duduk belakang. Marah kerana saya menolak, Azizi onani dalam keadaan memandu yang sangat perlahan. 

“Kami jijik. Ia merupakan satu mimpi ngeri buat kami. Terlalu banyak yang dipendam anak saya. Bila kena pada anak netizen, 'kita kena fight!' bila kena pada seorang pelakon, 'oh dia cuma berlakon'. 

Norashikin turut menjawab pertanyaan tentang kenapa mereka tidak membuat laporan polis tentang isu ini.

“Pada setiap yang saya jelaskan dan tidak lagi saya jelaskan, Azizi tidak pernah ditangkap atau tertangkap kerana Azizi punya kroni yang terlalu ramai. 

“Manusia terlalu kejam. Netizen setiap hari meroyan dan menghina, tapi ia dipanggil nasihat dan bersuara. Tapi, bila seorang seorang pelakon bersuara dengan bahasa yang masih lembut, ia dipanggil meroyan dan buka aib.

“Di mana keadilan buat saya dan anak saya yang menderita dan berdiam diri lebih 15 tahun apabila netizen bersuara:

“Kau kena diam. 

“Adakah kami akan berterusan menjadi kambing hitam Azizi hanya kerana kami tidak ada kroni dan saya ibu yang bertatu?” , tulisnya.

Di akhir luahan itu, Norashikin turut menulis bahawa anaknya merupakan seorang yang kuat dan hari esok masih ada untuk mereka mencuba lagi. - Getaran, 5 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN