web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Ira Kazar Sudah Dipanggil JAWI, Akan Ke Peringkat Seterusnya” - Puteri Sarah

Puteri Sarah juga memberitahu bahawa dua aduan yang dibuat itu adalah di mahkamah syariah untuk dakwaan orang ketiga manakala di mahkamah sivil, dakwaan melakukan gangguan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 8:18PM

Puteri Sarah - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Puteri Sarah mengesahkan Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama Syamsul Yusof sudah dipanggil untuk memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) minggu lalu.

Menurut Sarah, aduan telah dibuat di kedua-dua mahkamah iaitu sivil dan syariah yang masing-masing sedang giat menjalankan siasatan.

“Apa yang boleh saya beritahu, dia (Ira) sudah pun tampil beri keterangan. Sekarang pegawai penyiasat sedang jalankan siasatan.

“Siasatan juga mengambil masa dan Insya-Allah selepas selesai saya akan bertindak ke peringkat seterusnya.

“Ada dua aduan dibuat iaitu satu di mahkamah syariah untuk dakwaan orang ketiga manakala di mahkamah sivil untuk dakwaan melakukan gangguan,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media teater Maduku Terpaling Kalut sebentar tadi. 

Menurut Sarah, aduan telah dibuat di kedua-dua mahkamah iaitu sivil dan syariah yang masing-masing sedang giat menjalankan siasatan
Menurut Sarah, aduan telah dibuat di kedua-dua mahkamah iaitu sivil dan syariah yang masing-masing sedang giat menjalankan siasatan

Sarah juga menegaskan segala usaha yang dilakukan adalah untuk melindungi keluarga serta anak-anaknya di samping berdoa agar kemenangan akan berpihak kepadanya. 

“Saya perjuangkan ini untuk diri sendiri dan anak-anak. Ia memang satu proses yang panjang tetapi Alhamdulillah setidak-tidaknya, ada kemajuan.

“Saya tak kisah menunggu asalkan ada pergerakan tentang siasatan ini. Nampak usaha keras saya berjalan,” katanya.

Sarah turut mendedahkan mahkamah telah mengeluarkan arahan Injuksi yang melarang Ira mendekati keluarganya. 

“Pihak di sebelah sana tidak boleh berkomunikasi langsung dengan saya dan mendekati keluarga saya.  Sekarang saya akui hidup saya lebih aman,”katanya.

Terdahulu Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga. - Getaran, 30 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN